Aku nak berubah angin.
Sebab rasanya dah cukup lah aku bertahan. Aku yakin, pergi bukan sebab aku
kalah.
Sebelum pergi, aku
banyak la hantar resume sana sini. Banyak juga lah temuduga yang dipanggil. Tapi
tak semua dapat aku pergi. Dan semua temuduga tu pun, aku cuba jawab elok- elok.
Kebanyakan soalan
yang paling seronok akan dia tanya, biasalah:
1. Apa yang anda
tahu tentang kami
2. Bagaimana anda
melihat diri anda 5 tahun dari sekarang
3. Apa yang anda
boleh sumbangkan pada kami dalam perkhidmatan
4. Kenapa nak
pindah tempat kerja
Soalan yang aku
selalu ambil masa panjang nak jawab adalah soalan nombor 2. Yang lain tu
panjang juga, tapi goreng sana- sini boleh la. Tapi yang nombor 2 tu macam
perlukan suatu kefahaman tentang diri sendiri. Tentang apa sebenarnya yang kau nak. Tentang apa usaha kau untuk benda yang kau nak. Yup, tu soalan yang sakit aku nak jawab. Pedih lain macam.
Aku bukan muda lagi, kenapa aku
takde target untuk tu. Aku cuma nak rasa seronok mengajar, kat mana pun. Siapa sekalipun,
aku nak rasa seronok tu. Cuma aku tak suka tanggungjawab dalam mengurus. Aku senang di uruskan. Jelas sangat itu alasan aku kekal dalam zon yang sama.
Kenapa tak aku yang sediakan satu tempat untuk mengajar. Dengan cara aku. Dan sebuah team yang suka
cara santai dalam mengajar, capai impian yang sama. Aku doakan kalian yang baca ni akan berjaya, apa juga yang di citakan selagi ianya baik dan bermanfaat. Doakan juga aku ye.
“Find What’s Stopping You, Make It The Reason You Start To Achieve Something”
Sumber Gambar: Facebook