Skip to main content

LATIHAN TANDAS PART 1


Aku mengajar anak istimewa. Kira aku ni cikgu pendidikan khas la. Lepasan psikologi. Heh,
Aku nak share sikit ilmu yang aku ada dengan korang. Berkenaan potty training/ toilet training/ latihan tandas dan pelbagai lagi lah nama yang kau nak bagi. Satu hal pasal anak istimewa ni, nak train mereka susah juga la. Tak banyak, susah sikit. Tak sikit, susah banya. Kau faham tak ni?

Lagi pula yang meilbatkan konsep tertentu macam ni. Double susah.


Tapi dalam kesusahan tu, ada kemudahan. Allah dah janji dalam kitabNya. Dua kali diulang.
‘Then, surely with hardship comes ease (6). Surely, with hardship comes ease (7)’; Surah Al- Insyirah (94).

Anak istimewa ni pelbagai. Dalam kes aku, anak autism lah. Ada yang susah nak kawal, ada yang senang sangat nak kawal. Ada juga yang kena kawal sepenuhnya. Satu anak autism ni tak sama dengan anak autism yang lain. Menarik. Nanti lain masa aku kongsi pasal ni.

Balik pada cerita asal, aku punya task masa tu adalah jaga playgroup. Fokus utama adalah perkembangan adaptif mereka. Potty training jatuh no 1 masa tu. Sebab dengan settle nya isu potty training ni boleh membawa kepada banyak masa untuk kau trained benda lain. Anak autism ni, kau nak faham senang je, RUTIN. Kau nak ajar dia rutin, kau pun kena rutin. Ulang- ulang dan ulang lagi. Kau penat sekarang, kau bersenang kemudian. Mudah bukan? Mari lalui jurnal latihan tandas ni bersama- sama.

Anak R ni non verbal. Suka minum air dalam kadar yang banyak. Pakai pampers selalu bocor pasal banyak gila woiii kencing dia padia aku dok keje ngelap je, ang pakai pampers kot. Neither tandas duduk nor tandas cangkung, dua- dua tak pandai. Diingatkan kat sini, step ataupun cara yang aku bakal kongsi ni bukan terpakai pada R je, mungkin pada anak yang lain juga. Mana yang sesuai la. Dalam cerita ni, anak R jadi contoh aku.






Aku buat target aku dulu. Target yang tak payah tinggi- tinggi. Tak terkejar kang sia- sia usaha aku.

1) Tak payah pakai pampers.
2) Tahu guna tandas duduk dan tandas cangkung.
3) Tahu nak basuh yang depan tu ha. Paling simple, jirus air dalam 10 kali gayung. Ataupun halakan paip dalam kiraan 10.
4) Bila aku kata toilet, dia boleh pergi sendiri. Pergi ke toilet for sure. Bukan merayap ambil basikal ataupun kamus bergambar. Bukan. 1 kerja aku nak kena pusing cari dia pula.





1.  TAK PAYAH PAKAI PAMPERS.
Susah juga nak start ni. Depan mata aku cuma ada 3 jam, selebihnya bukan depan mata aku. Jadi ni perlu perbincangan dengan parents dia lah. Aku bagitau aku nak start dengan toilet training dia. Kalau boleh datang tak payah pakai pampers. Dan kalau boleh juga kat rumah berlaku perkara yang sama la. Jangan pakai pampers.




Keputusan ini bermakna, aku kena ready dengan segala mop dan baldi, timer untuk set masa 5 ke 10 minit, botol air dia untuk dia faham minum air- kencing- toilet, kegigihan, ketabahan, air mata, dan pelbagai emosi suka duka yang lain. Paling utama sekali sot ba ro, sabar. Sebabnya selang beberapa minit akan berlaku sesi lap lantai, tukar baju. Eh, apasal kena lap lantai lagi tadi bukan baru lap lantai ke. Dejavu apakah ini. Begitulah berterusan lebih daripada sebulan dan dijangka up seingga ke 3 bulan.
Yang kritikalnya juga sebab nama pun playgroup. Bukan sorang je budak dalam kelas. Ramai. Cuma masa tu aku fokus pada R sebab R ni kira special pada aku. Pasal aku kena tulis report dia, hahahaha. Yang lain kena report juga, tapi yang lain takde masalah no 2 dan no 4. Kira aku skip part tu kat budak lain untuk fokus pada R.

Bila ramai, makna kata kat sini yang sesi lap lantai bukan sebab R sorang tapi sebab anak yang lain juga. Kesimpulannya dalam 3 bulan pertama memang lokasi nak cari kami (1kelas=2guru=4murid), antara kelas dan tandas. Oh, ada 1 lagi lokasi. Kelas sebelah. ‘Eh, tumpang jap G dengan K dan W ni. Aku nak lap lantai”. Kadang- kadang dialog tu, dipulangkan kepada kami “Eh tumpang jap T dengan O dan Z ni. Aku nak lap lantai”. Sekali lagi. Kedejavuan apakah ini.









Rasionalnya tak payah pakai pampers adalah untuk dia aware keadaan dia masa tu. Apa yang berlaku masa dia terkencing tanpa pampers.
1. Seluar, baju, kerusi, lantai, akan basah. Atau
2. Rasa geli, busuk berbau. Atau
3. Tak selesa. Atau
4. Boleh main air. Atau
5. Ignore the situation. Terkencing lepastu sambung main. Atau
6. Nangis. Atau
7. Krik krik krik

Kalau boleh buat checklist box sekali nak bagi mudah. Sebab tak semua rasa yang sama. Itu yang letak atau.
Boleh jadi dia no1 dan no3. Boleh jadi dia no3 dan no6. 5 minit kemudian no6 hilang, no5 pula dia buat. Boleh jadi dia mai terus no4. Yang paling tak best no7, tiba- tiba hujung tudung kau bau kencing. Dah nak kena check sorang- sorang. Kalau dia statik kat situ je takpe, dah kalau jenis ligan lompat atas meja main suis bagai. 1 kelas kau kena cuci.




“Eh, bukan 10 minit lepas baru mop lantai ke. Serius la, dejavu sehari nak berapa kali sebenarnya ni?”, kau berbisik dalam hati. 

Popular posts from this blog

LATIHAN TANDAS PART 2

SAMBUNG dari post sebelum ni,, target aku untuk student ni adalah: 1) Tak payah pakai pampers- which aku dh elaborate dalam post sebelum ni. Aku teruskan dengan point yang kedua. 2) TAHU GUNA TANDAS DUDUK DAN TANDAS CANGKUNG. Ini pun satu hal juga. Sebabnya tahu- tahu jelah. Bila dah terbabas kencing dalam kelas, apalah ertinya kat dalam tandas tu kan. Memang terus mandi kan je la. Tapi untuk dia ni, tak. Aku duduk kan juga atas tab tandas tu. Selang seli lah, kalau pagi guna tandas duduk, tengah hari guna tandas cangkung. Yang penting, dia kenal rupa tandas tu macam mana. Ada paip, ada gayung, ada pam jamban, ada baldi, ada getah paip. Ha, tu namanya tandas. Pegi mana- mana, kalau jumpa yang lebih kurang benda nya itulah tandas. Kalau ceritanya dia dah terbabas dalam tandas, memang kira pass je la. Tapi kalau awal- awal aku dah berdesup bawa gi tandas, memang dia kena duduk atas tab tu. Membuang ke tidak ke, situlah kedudukan dia bila masuk tand

Perancangan Untuk Kejayaan

Aku nak berubah angin. Sebab rasanya dah cukup lah aku bertahan. Aku yakin, pergi bukan sebab aku kalah. Sebelum pergi, aku banyak la hantar resume sana sini. Banyak juga lah temuduga yang dipanggil. Tapi tak semua dapat aku pergi. Dan semua temuduga tu pun, aku cuba jawab elok- elok.  Kebanyakan soalan yang paling seronok akan dia tanya, biasalah: 1. Apa yang anda tahu tentang kami 2. Bagaimana anda melihat diri anda 5 tahun dari sekarang 3. Apa yang anda boleh sumbangkan pada kami dalam perkhidmatan 4. Kenapa nak pindah tempat kerja Soalan yang aku selalu ambil masa panjang nak jawab adalah soalan nombor 2. Yang lain tu panjang juga, tapi goreng sana- sini boleh la. Tapi yang nombor 2 tu macam perlukan suatu kefahaman tentang diri sendiri. Tentang apa sebenarnya yang kau nak. Tentang apa usaha kau untuk benda yang kau nak. Yup, tu soalan yang sakit aku nak jawab. Pedih lain macam. Aku bukan muda l