Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

LATIHAN TANDAS PART 1

Aku mengajar anak istimewa. Kira aku ni cikgu pendidikan khas la. Lepasan psikologi. Heh, Aku nak share sikit ilmu yang aku ada dengan korang. Berkenaan potty training/ toilet training/ latihan tandas dan pelbagai lagi lah nama yang kau nak bagi. Satu hal pasal anak istimewa ni, nak train mereka susah juga la. Tak banyak, susah sikit. Tak sikit, susah banya. Kau faham tak ni? Lagi pula yang meilbatkan konsep tertentu macam ni. Double susah. Tapi dalam kesusahan tu, ada kemudahan. Allah dah janji dalam kitabNya. Dua kali diulang. ‘Then, surely with hardship comes ease (6). Surely, with hardship comes ease (7)’; Surah Al- Insyirah (94). Anak istimewa ni pelbagai. Dalam kes aku, anak autism lah. Ada yang susah nak kawal, ada yang senang sangat nak kawal. Ada juga yang kena kawal sepenuhnya. Satu anak autism ni tak sama dengan anak autism yang lain. Menarik. Nanti lain masa aku kongsi pasal ni. Balik pada cerita asal, aku punya task masa tu adalah jaga playgroup. Fo

Perancangan Untuk Kejayaan

Aku nak berubah angin. Sebab rasanya dah cukup lah aku bertahan. Aku yakin, pergi bukan sebab aku kalah. Sebelum pergi, aku banyak la hantar resume sana sini. Banyak juga lah temuduga yang dipanggil. Tapi tak semua dapat aku pergi. Dan semua temuduga tu pun, aku cuba jawab elok- elok.  Kebanyakan soalan yang paling seronok akan dia tanya, biasalah: 1. Apa yang anda tahu tentang kami 2. Bagaimana anda melihat diri anda 5 tahun dari sekarang 3. Apa yang anda boleh sumbangkan pada kami dalam perkhidmatan 4. Kenapa nak pindah tempat kerja Soalan yang aku selalu ambil masa panjang nak jawab adalah soalan nombor 2. Yang lain tu panjang juga, tapi goreng sana- sini boleh la. Tapi yang nombor 2 tu macam perlukan suatu kefahaman tentang diri sendiri. Tentang apa sebenarnya yang kau nak. Tentang apa usaha kau untuk benda yang kau nak. Yup, tu soalan yang sakit aku nak jawab. Pedih lain macam. Aku bukan muda l

I'll Growth Stronger

Aku akan pindah tempat kerja. Beberapa hari dari sekarang. Dengan harapan tempat yang ini dapat memberi manfaat juga pada aku. Sama macam tempat sebelum ni. Dan aku harap ianya lebih baik. Mungkin jauh lebih baik. Mungkin. Apa pun, yang menjadikan ianya baik ke tak jawapannya adalah aku. Mana- mana pergi pun kalau bukan aku yang positif, sama je hasilnya. Aku harap bila aku pergi ni, semuanya akan jadi baik la. Aku kesian dengan diri aku. Sampai bila nak bertahan. Dengan peluang yang ada, aku kena guna sebaiknya. Doakan aku jadi seorang yang berjaya. Dendam yang paling manis untuk aku bagi adalah dengan bukti aku berjaya. Ye, dendam. Aku berdendam. Dan aku nak balas semuanya dengan senyuman dan satu rasa bangga. “I Was Once You Treated Bad, And Here I Am. Let You Taste My Revenge” Gambar sumber: Facebook

PURA- PURA

Aku percaya,,, bila kau pura- pura jadi baik kau akan dapat nampak kesannya dalam dua keputusan. Sama ada kau penat dengan kau punya pura- pura. End up, kau balik pada diri kau yang asal. Tak tahu la yang asal tu sama ada kau jahat ataupun kau baik sikit. Kau yang define diri kau macam mana. Atau, kau akan betul- betul jadi baik akhirnya. Eventually. Lepas semua perkara yang kau buat sepanjang diri pura- pura baik kau tu, benda yang baik- baik tu tinggal dalam diri kau. Menjadikan kau yang lebih bagus dari dulu. Tak semua orang akan fikir, pura- pura tu bagus. Tapi semua orang pernah bersikap macam tu. Sekejap, lama, banyak, sikit, memang lah tak selalu tapi kadang- kadang kau akan ambil tindakan macam tu. Untuk kebaikan diri kau dan mungkin untuk kebaikan orang lain. Biasanya, kita letak kesejahteraan orang lain yang paling utama. Morality is our first priority. Pesanan aku, teruslah berpura- pura. Fikirkan kebaikan, dan kau akan jadi baik. Berhenti pura- pura bila kau ras