SAMBUNG dari post sebelum ni,, target aku untuk student ni adalah: 1) Tak payah pakai pampers- which aku dh elaborate dalam post sebelum ni. Aku teruskan dengan point yang kedua. 2) TAHU GUNA TANDAS DUDUK DAN TANDAS CANGKUNG. Ini pun satu hal juga. Sebabnya tahu- tahu jelah. Bila dah terbabas kencing dalam kelas, apalah ertinya kat dalam tandas tu kan. Memang terus mandi kan je la. Tapi untuk dia ni, tak. Aku duduk kan juga atas tab tandas tu. Selang seli lah, kalau pagi guna tandas duduk, tengah hari guna tandas cangkung. Yang penting, dia kenal rupa tandas tu macam mana. Ada paip, ada gayung, ada pam jamban, ada baldi, ada getah paip. Ha, tu namanya tandas. Pegi mana- mana, kalau jumpa yang lebih kurang benda nya itulah tandas. Kalau ceritanya dia dah terbabas dalam tandas, memang kira pass je la. Tapi kalau awal- awal aku dah berdesup bawa gi tandas, memang dia kena duduk atas tab tu. Membuang ke tidak ke, situlah kedudukan dia bila masuk tand
Aku mengajar anak istimewa. Kira aku ni cikgu pendidikan khas la. Lepasan psikologi. Heh, Aku nak share sikit ilmu yang aku ada dengan korang. Berkenaan potty training/ toilet training/ latihan tandas dan pelbagai lagi lah nama yang kau nak bagi. Satu hal pasal anak istimewa ni, nak train mereka susah juga la. Tak banyak, susah sikit. Tak sikit, susah banya. Kau faham tak ni? Lagi pula yang meilbatkan konsep tertentu macam ni. Double susah. Tapi dalam kesusahan tu, ada kemudahan. Allah dah janji dalam kitabNya. Dua kali diulang. ‘Then, surely with hardship comes ease (6). Surely, with hardship comes ease (7)’; Surah Al- Insyirah (94). Anak istimewa ni pelbagai. Dalam kes aku, anak autism lah. Ada yang susah nak kawal, ada yang senang sangat nak kawal. Ada juga yang kena kawal sepenuhnya. Satu anak autism ni tak sama dengan anak autism yang lain. Menarik. Nanti lain masa aku kongsi pasal ni. Balik pada cerita asal, aku punya task masa tu adalah jaga playgroup. Fo