Skip to main content

LATIHAN TANDAS PART 2


SAMBUNG dari post sebelum ni,, target aku untuk student ni adalah:



1) Tak payah pakai pampers- which aku dh elaborate dalam post sebelum ni. Aku teruskan dengan point yang kedua.






2) TAHU GUNA TANDAS DUDUK DAN TANDAS CANGKUNG.
Ini pun satu hal juga. Sebabnya tahu- tahu jelah. Bila dah terbabas kencing dalam kelas, apalah ertinya kat dalam tandas tu kan. Memang terus mandi kan je la. Tapi untuk dia ni, tak. Aku duduk kan juga atas tab tandas tu. Selang seli lah, kalau pagi guna tandas duduk, tengah hari guna tandas cangkung. Yang penting, dia kenal rupa tandas tu macam mana.

Ada paip, ada gayung, ada pam jamban, ada baldi, ada getah paip. Ha, tu namanya tandas. Pegi mana- mana, kalau jumpa yang lebih kurang benda nya itulah tandas.




Kalau ceritanya dia dah terbabas dalam tandas, memang kira pass je la. Tapi kalau awal- awal aku dah berdesup bawa gi tandas, memang dia kena duduk atas tab tu. Membuang ke tidak ke, situlah kedudukan dia bila masuk tandas. Kata la aku punya berdesup belum cukup laju, dia terbabas juga dalam tandas, still. Sambil dia kencing tu la aku letak atas tab. Itu yang aku rasa yakin tak yakin je seluar aku bersih nak buat solat...........


Aku kira, bab yang ni mudah la. Sebabnya, dalam sehari lebih dari sekali aku bawa dia pergi tandas. Sampai satu tahap, dia nak mula makan, aku bawa. Dia tengah makan, aku pause kejap suruh gi tandas. Dia dah habis makan pun aku sruh gi tandas lagi. Of course dia jadi kenal dengan tandas. Ironinya, suatu masa nanti bila aku tengok muka dia macam tahan kencing ke apa ke, just cakap “pergi tandas” then dia faham dia kena buat apa dan soon enough jad faham kenapa dia kena gi tandas. Oh, rupanya macam ni rasa nak terkencing, so bila rasa macam ni kena gi tandas. Gituwwwww.






3) TAHU BASUH PRIVATE PART
Tempat aku , awal- awal dulu takde getah paip. Jadi budak kena guna gayung. Berapa larat sangat la budak- budak ni nak angkat gayung dengan penuh air tu ha. Selalu kantoi airnya kat hujung- hujung gayung je. Sikit nya alahai. Jenis R ni nak cepat je, jadi dia jirus sekali dua cukup dah rasa dia. Dengan air kat hujung gayung tu ha, itu je lah basuhnya. Aku pula rasa geli ha. Tak bersih, kena kat seluar, duduk mana- mana dalam kelas tu.... panjang akibatnya.


Jadi aku ajar yang paling mudah je la. Jirus dengan kiraan 10 kali. Walaupun hujung gayung je airnya, kira boleh la juga. Yang mengira, siapa lagi kalau bukan aku. Tiba masanya dia dah boleh ke tandas, walaupun berangan dalam tu akan terngiang ngiang lah kicauan suara emas aku mengira 1 sampai 10 dari luar tandas sama ada tengah minum air atau bergurau dengan kipas jammed tak mau pusing kat lounge tu.



Habis je kira sampai 10, dengar la bunyi air kedebush- kedebush kat dalam tu. Tapi aku akan tetap check juga la betul ke tidak apa yang dia basuh tu ha. Intai- intai dari pantulan cermin ke apa lah gitu. Punya lah aku tak nak tengok dia kat tandas.... hmmm nak bagi dia berdikari gais.






Kemudian, bila yang tu dia dah dapat kita up lagi. Aku ajar dia bersihkn guna tangan pula. Basuh betul- betul. Cuma tu lah tu, guna gayung. Struggle lain macam lah. Yang ini kalau nak bagi betul- betul pandai, tak jadi apa la pasal makan tahun juga. For the least, dia boleh cuci dengan air secukupnya dah ok sangat dah. Apa lagi aku nak harapkan. By the time, dia pandai la nanti tu. Basic nya dah dapat, cukup.





4) BILA AKU KATA TOILET, DIA BOLEH PERGI SENDIRI.
Yang ini adalah harapan terakhir untuk semua target yang di atas samaada telah tercapai ataupun masih dalam usaha. Benda ni penting sangat- sangat sebab jenis budak ni pelbagai. Dia rasa sesuatu, tapi dia tak tau apa benda sesuatu tu. Kita ni la yang kena faham, sesuatu dia tu. Cakap la gi tandas sana, haaa macam air laju dia. Memang air pun kan, basically. LOL.


Ada juga yang dah rasa tapi terkinja- kinja tak mau ke tandas. Kita cakap baru dia pergi. Yang tak rasa apa- apa pun ada, bila tengok masa rasa aih, pasaipa lama gila dia tak ke tandas. Elok sampai tandas je tudia laju. Dari jam berapa punya dia tahan ni.




Sumber gambar: Tandas Rumah Mother Aku



Mengikut pada mana- mana pakar pun, potty training, toilet training, latihan tandas or whatever you called it in your own language benda ni adalah sangat penting. Ia antara benda yang essential untuk perkembangan kanak- kanak. Tak ada umur tertentu yang kau kena ajar, tapi lagi cepat lagi baik. Sebab yang kena bersedia bukannya anak, tapi kau. Kau yang kena hadap segala contoh- contoh yang tak seberapa dari aku tu. Mungkin ada lebih banyak lagi yang akan kau hadap. Hahahahaha..



Hmmm tak kira lah anak tipikal ataupun anak istimewa, sama. Benda ni akan bagi efek pada perkembangan yang lain juga. Technically, kalau anak kau ni problem sangat- sangat dengan tandas dia mungkin ada masalah berkaitan sensori, motor kasar dia dan lain- lain kemahiran. Contohnya masuk tandas bersungguh- sungguh nangis. Bila observe banyak kali try and error begini begitu rupanya geli sebab lantai berair. Bila bagi lantai kering, takde menda pun. Okay je sedara sedari tu masuk tandas, hahah. Lain contoh pula, nangis tak nak tandas duduk. Nak tandas cangkung je,,pun sama sebab geli nk duduk kat tab tu. Lain anak, lain kes nya.

Somehow bila guna gayung tu, aku nampak bagus juga dari suatu sudut. Dia akan kuatkan otot dan sendi bahagian tangan. Lagi kalau tangan dominan dia, tangan kanan. Elok sangat la tu. Otot dan sendi dah kuat baru kau boleh lincah bagi anak kau main panjat- panjat. Apa pun nak angkat gayung, adjust air masa jirus tu semua ingat lahir- lahir terus pandai ke kalau bukan kena belajar dulu.






Kesekian kalinya, aku nak bagitahu. Ajar anak ke tandas adalah penting untuk kemudahan sekarang dan kemudian hari. Maybe kat sini aku kongsi pasal kencing je la. Kalau berak tu mudah, budak tu makan nanti 30 minit terus rasa nak berak senang la juga nak ajar. Masalahnya tidak. Untung la kalau setiap hari nak membuang. Kalau dapat yang simpan stok 2 3 hari, tu dah masalah lain dah tu. Selain tu, kenapa pentingnya latihan tandas ni sebab nanti pergi tadika, anak masih pakai pampers ada potensi anak kena reject. Mungkin tak semua tadika la, tapi tetap ada. Cikgu tak sempat nak layan dengan lagi 4 5 budak berlari dalam kelas, sorok bawah meja. Belum cerita lagi yang nangis tak nak makan nugget sebab nasi lemak kawan dia sedap. Haih,,,


Popular posts from this blog

Perancangan Untuk Kejayaan

Aku nak berubah angin. Sebab rasanya dah cukup lah aku bertahan. Aku yakin, pergi bukan sebab aku kalah. Sebelum pergi, aku banyak la hantar resume sana sini. Banyak juga lah temuduga yang dipanggil. Tapi tak semua dapat aku pergi. Dan semua temuduga tu pun, aku cuba jawab elok- elok.  Kebanyakan soalan yang paling seronok akan dia tanya, biasalah: 1. Apa yang anda tahu tentang kami 2. Bagaimana anda melihat diri anda 5 tahun dari sekarang 3. Apa yang anda boleh sumbangkan pada kami dalam perkhidmatan 4. Kenapa nak pindah tempat kerja Soalan yang aku selalu ambil masa panjang nak jawab adalah soalan nombor 2. Yang lain tu panjang juga, tapi goreng sana- sini boleh la. Tapi yang nombor 2 tu macam perlukan suatu kefahaman tentang diri sendiri. Tentang apa sebenarnya yang kau nak. Tentang apa usaha kau untuk benda yang kau nak. Yup, tu soalan yang sakit aku nak jawab. Pedih lain macam. Aku bukan muda l

LATIHAN TANDAS PART 1

Aku mengajar anak istimewa. Kira aku ni cikgu pendidikan khas la. Lepasan psikologi. Heh, Aku nak share sikit ilmu yang aku ada dengan korang. Berkenaan potty training/ toilet training/ latihan tandas dan pelbagai lagi lah nama yang kau nak bagi. Satu hal pasal anak istimewa ni, nak train mereka susah juga la. Tak banyak, susah sikit. Tak sikit, susah banya. Kau faham tak ni? Lagi pula yang meilbatkan konsep tertentu macam ni. Double susah. Tapi dalam kesusahan tu, ada kemudahan. Allah dah janji dalam kitabNya. Dua kali diulang. ‘Then, surely with hardship comes ease (6). Surely, with hardship comes ease (7)’; Surah Al- Insyirah (94). Anak istimewa ni pelbagai. Dalam kes aku, anak autism lah. Ada yang susah nak kawal, ada yang senang sangat nak kawal. Ada juga yang kena kawal sepenuhnya. Satu anak autism ni tak sama dengan anak autism yang lain. Menarik. Nanti lain masa aku kongsi pasal ni. Balik pada cerita asal, aku punya task masa tu adalah jaga playgroup. Fo