Wednesday, July 5

LIMITED

Kenapa eh,,,, kawan dalam jumlah yang sedikit selalu orang sindir
Suka duduk rumah, orang anggap kau ni takde kawan ke apa ntah
Bila kau lambat nak blend in dengan orang lain, orang akan anggap kau ni tak nak bercampur

Aku tau tak kan ada jawapan paling tepat
Kalau ada antara kau yang rasa bosan dengan kehidupan orang macam aku
Faham lah,,,yang aku rasa hidup kau adalah lifeless bagi aku
Sebab kita dalam kutub lain- lain

Kau seronok suasana riuh dan meriah
Bagi aku, aku lelah
Aku selesa di rumah, baring atau ulang tengok cerita yang aku minat
Buku, pokok atau apa je la
Asalkan aku sendiri, dengan hati sendiri dan dunia yang aku bina dan duduk sendiri
Dunia tak boleh di bina dan didiami sendiri
Aku tak pernah halang sesiapa masuk dalam dunia aku
Tapi kalau masuk untuk ubah, sila pergi


Terima kasih pada 4 atau mungkin 5 orang yang sudi jadi kawan aku
Pada aku dah lebih dari cukup, sebab aku hargai setiap dari korang

Setiap orang ada life circle yang mereka suka
Riuh, sunyi, ramai, sikit atau apa je la yang berlawanan antara setiap satu
Hormat dan hargai

Sunday, June 11

TADI

Di padang depan rumah
Terlihat si adik dan abang
Abang baju biru, adik baju kuning
Dua- dua lari
Tangan mereka kemas dengan bunga api

Si adik masih dengan bunga api
Abangnya mencangkung dengan pasir
Sesekali tersenyum
Menghulur bunga api untuk adiknya 
Semoga raya nanti, dua- dua ini masih terus ceria 
Macam tadi

Saturday, June 10

JAUH

Wanita itu duduk pun tidak
Berdiri juga tidak
Berteleku menunggu
Penat begitu, kemudiannya baring
Pandangnya jauh ke atas sana
Bayang semalam jelas ada rasa rindu
Dengan mata kecilnya dia senyum
Indahnya suatu masa lalu
Tanpa lelah dan haru, tanpa malu tersipu
Usai begitu, dia bangun
Katanya bangkit lagi
Kali ini kuat lagi

Saturday, April 15

DUDUK TENGOK

Aku dah habis belajar, dan masih mencari kerja

Ya,, aku belum bekerja.
Dan dalam setahun ni,aku dah pernah bekerja
Kerana kecewa, aku berhenti

Aku harap suatu masa yang diizin Tuhan untuk aku
Aku punya sesuatu aku punya sendiri
Janganlah aku lupa diri
Jangan lupa jengok jaga, pandang yang bawah
Tidak perguna kuasa untuk menidakkan hak orang lain


Bilamana kau punya sesuatu itu
JANGAN ANGKUH DAN SOMBONG


Kau tinggi jadi yang paling atas kerana berdirinya tiang- tiang kukuh di bawah
Kau bebas bagi teguran, tapi kau langsung tak nak terima teguran
Selama aku kat sana, jarang aku dengar kau muhasabah
Fikir dan cari, apa yang Tuhan uji kau tu silapnya kat mana dan bagaimana nak perbaiki

Bila aku bersuara, kata aku tak ada pengalaman lagi dalam bidang ni
Awak masih baru, banyak lagi yang awak tak tahu
Awak buat je apa yang saya suruh, saya majikan awak



"Saya yang bayar gaji awak" " Saya majikan awak" " Ini kerja awak" " Awak masih baru, awak tak tahu"
Jujur,,,masih terngiang dalam kepala aku sampai hari ni

Aku penat, kecewa dan aku pergi.
Banyak kali tanya, aku pilih untuk tak toleh lagi dah
Sebab selama aku kerja, yang dah pergi masih disebut ulang salahnya di cari
Rasanya, giliran aku pula lepas ni.
Disebut ulang dan salahnya di cari.