Wednesday, November 11

GAYA

Manusia 
Berjenis dan banyak macam

Ada sejenis manusia
Laras bahasa bersahaja
Tapi gaya dia menyakitkan mata

Ada sejenis lagi
Gaya dia biasa- biasa
Tapi bila cerita
Dia sorang yang power

Sejenis yang lain
Cerita paling dahsyat
Gaya nak hebat

Ada satu lagi jenis
Yang ini cara malas nak ambil kira
Pasal dia tahu ikut mana pun cerita
Sudahnya dia saja yang kena

Tuesday, November 10

BAHAGIA

Nak bahagia selalu pun kadang tak best juga
Kira macam kau tak ada cabaran dalam hidup
Itu ikut kiraan aku la
Kalau kau orang punya kiraan tentang perasaan lain dari aku
Dah tentu- tentu la sebab kau bukan aku


Aku kadang- kadang berangin kepala
Sampai dilabel orang yang suka terasa
Walhal selintas perasaan pun tak ada
Sebab tu lah kot, makin lama aku makin suka sendiri- sendiri



Kalau kau jenis manusia macam aku
Benda tu ambil masa
Biar orang kata kau lambat respon ke apa
Asalkan kau kunyah habis ayat yang dia orang lontarkan
Kalau respon kau, orang tak faham
Kau gelak dan konon- konon main handphone
Pasal kau sorang je yang faham kau

Perasaan manusia ni macam- macam
Kau pilih je nak yang mana
Tapi letakkan perasaan kau nombor satu
Sebab kau berhak untuk diri sendiri

Saturday, November 7

OFFENSE

Itu hari guwa ada baca artikel
Pasal jodoh
Guwa ignore laju- laju
Ah, tiada kaitan dengan guwa

Tapi kali ni guwa baca lagi
Dan guwa analisa ayatnya
Katanya suruh cari wanita yang suka membaca
Sebab mereka melihat dunia dari sudut berbeza
Jangan cari wanita yang suka membeli baju
Sebab mereka suka menukar ganti

Offense habis guwa bila baca

Guwa baca buku kadang- kadang
Ikut pada menarik ke tidak buku tu
Kalau mantap muka depan, guwa baca sampai habis
Kalau muka depan caca marba, jangan harap guwa nak habiskan
Kalau habis pun mungkin member- member encourage guwa

Guwa membeli baju kadang- kadang
Ikut pada budget guwa cukup tak bulan tu
Kalau budget makan dalam sebulan lepas, guwa beli sehelai dua
Kalau terkorek bawah katil cari syiling, jangan harap guwa nak pandang baju
Kalau beli pun mungkin guwa punya akal kurang oksigen nak berfikir

Dah kalau membaca bukan, membeli baju pun bukan
Macam mana guwa tak melenting
Guwa langsung takde dicirikan

Tapi macam ni la
Macam mana pun lifestyle lu orang
Peduli orang kata apa
Jaga mak abah lu orang elok- elok
Jaga hubungan dengan Allah cantik- cantik
Jodoh lu baik, Hidup lu power
Fullstop

BERTAHUN

Sudah berbulan dalam tahun ini aku bersendiri
Hidup macam orang tak terurus
Selak langsir waktu orang balik kelas
Bakar roti waktu matahari dah tak nampak

Tapi hari ni dapat teman lagi

Yang ini lebih dewasa dan matang
Ilmunya luas tentang itu dan ini
Ceritanya banyak tentang dia dan dia
Pandangannya jauh tentang mengapa dan kenapa

Nasihat dia jelas
Teguran dia ikhlas

Terima kasih akak

Thursday, November 5

DUNIA

Kata orang
Jauh berjalan luas pandangan

Terima kasih untuk itu
Sekarang yang aku lihat jauh berbeza dengan dulu
Mungkin sebab jalan tak sama
Pandangan kita pun berbeza
Tapi aku belum penat untuk masih ke depan
Rasanya kali ini perlahan lagi
Nikmati indah kiri kanan perjalanan


Hey, teruskan berjalan
Biar cepat ataupun lambat

PERGI

Dalam dunia ni
Kau patut tahu yang tak semua benda kekal dengan kau sampai bila- bila
Cukup masanya 
Kau kena lepaskan dia pergi
Dia yang aku maksudkan bukan je manusia
Tapi semua benda


Hari ni boleh jadi kau sayang sangat dengan sesuatu
Tak payah lama sangat
Dua tiga minit lepas tu je pun
Sesuatu tu boleh pergi

Dan hari ini aku tengok perlahan- lahan dia pergi


Aku percaya tentang satu hal ni
Aku lihat dan tahu dia sangat selesa di sana
Biarlah
Aku lepaskan dengan harapan
Dia akan menjadi seperti yang dia mahukan
Sebab aku tak pernah membantu dia dari sudut itu


Tapi aku yakin
Aku adalah peluang untuk dia melihat
Bahawa mencari yang terbaik itu perlu

Maka, semoga kau baik- baik di sana

Friday, October 9

BIAR

Hendak menulis, asalnya membaca
Hendak membaca, serabut sangat pulak ceritanya

Dibiar tak tertulis, nanti tak siap kerja dia
Dibiar tak terbaca, dah tu bila nak mula


Kalau tak bertangguh, bukan kau la namanya

UBAH

Semalam kata dia nak berubah
Bila kena tegur, eh marah

Hari ni kata dia baik dari semalam
Tapi bangun tido bangun baring makan, eh dah malam

Esok kata dia misi baru
Ditanya apa misinya, lah apasal tergaru siku

Wednesday, April 29

SEMALAM

mata guwa bengkak semalam
ini pagi masih lagi sembab
guwa baca yaasin 
tajwidnya lintang pukang
hamzah baris atas dengan 'ain baris atas jadi sama bunyi

ideanya nak sedekah al- fatihah sorang satu
tapi semalam
hidung guwa tersumbat
kalau telinga boleh guna untuk bernafas
dah lama guwa buat
jadi guwa pun nangis
harap tangisan guwa dapat lah mereka dengar
betapa guwa rindukan mereka

Kalian sudah dalam perjalanan bertemu Tuhan
Salam takziah dan al- Fatihah. Semoga kalian tenang di sana bersama rahmatNya.
Arwah Cik Ann
Arwah Prof Abdul Malek
Arwah Pak Long

Thursday, April 23

RAHSIA

Huru hara macam mana pun hidup
Diorang ada untuk aku
Yang lima tu
Yang semua lelaki tu

Monday, April 20

SUA



Lama tak jumpa dia
Bergurau sama- sama
Gurau tahap aku gelak bersepah
Dan dia sampai malas nak layan
Kata dia, dia rindu
Aku lagi apak rindu

Dia ada masalah
tapi aku nampak dia tabah
Time aku ada masalah
Apasal aku menggelabah