Sunday, December 29

KATANYA

hari tu sembang ngan member
member lama
dia tak macam yang aku kenal dulu
takde masa dia nak imbau kenangan lama
takde masa....faham
faktor usia mungkin



entah macam mana cerita
tiba- tiba isu sistem pendidikan negara kita dah kemunduran
aku tak nafikan
memang pun sebab banding dengan negara maju
pada skop pandangan aku la


tapi aku fikir macam ni
aku nak belajar betul- betul
kalau ada rezeki, jodoh umur panjang
boleh ubah sistem ni, ubah



tapi aku rasa ada syaratnya
aku kena belajar setinggi boleh sebab aku nak kena fight untuk benda ni
benda nak fight ni kena bawa keluar hujah bijak
bukan tak suka benda ni jadi jangan la guna benda ni
sekurangnya kalau aku tak dapat
anak cucu aku boleh dapat

kalau sembang kosong je
gedegang gedegong macam tin kosong
macam mana nak buat sesuatu
nanti sampai habis hayat
ungkit sistem ni sistem tu prong preng toing toing
dah tu mana jasa aku??


dulu masa aku kat kolej
ada sorang budak ni sibuk perjuangkan PTPTN bagi free je lah
ingat pt ni lebam otak dia ke nak bagi free je senang- senang
dah bagitau awal- awal nak free, jaga pointer

lepas tu nak mansuh PTPTN
dah tu,,bak datang duit bulan- bulan untuk makan aku



benda nak ubah bukan mudah
lantang macam mana pun hebatnya
kalahkan dengan bijaksana
bagi hujah tunjuk yang kau ada ilmu

kalau kau kuasai ekonomi, kau boleh sembang isu ekonomi negara dan banding dengan dunia
kalau kau kuasai undang- undang, kau boleh sembang isu perundangan negara tu kes semasa hukuman bagi setimpal ke apa benda
kalau kau kuasai psikologi, kau boleh sembang hasil kajian kau yang guna responden 2ribu tu, kemiskinan significant ke tak dengan kepandaian,,kalau significant,, cadang kat tempat ni, taja budak ni, tempat tu taja budak tu....errr sampai macam tu ke usaha??


jangan jadi dua kali lima dengan orang yang bagi darah kau terbakar tu



paling win, kau tadah tangan doa
semoga semuanya dipermudahkan
baik aku, kau, mak abah, adik beradik, kawan sembang, ke sapa- sapa lagi la, suka hati
ni nak Final Exam
semoga selamat semuanya <3 p="">

Wednesday, December 18

SENTAP

aku ni kadang kadang bendul
dodol sikit kalau orang tegur
dodol tu macam eh cantik manis tapi ambil masa nak hadam


maka lain kali
jangan sentap dulu
aku izinkan
kau bagi ayat padu
kalau ayat tak lengkap
sampai ke sudah aku macam tu


dah nama nya kawan,
kawan mana yang tegur kau sebab nak kau jadi makin bodoh dan bebal

kalau ada
bawak datang
aku ada kawan gengster
nama dia aty dan najat


the reason people let you down is because you are higher than them, so let them be
eh, payah betul nak ngaku salah sendiri

Saturday, December 7

SARKIS

aku tadi sembang ngan roomate

biasa la kutuk- kutuk kolej sikit
tak kutuk macam rempah nasi goreng tak cukup
biadab la masak nasi goreng
tapi rasa kicap kosong

puing!

aku kadang- kadang suka terjun tiruk atas katil
peduli roomate ada ke takde
so, tadi sambil sembang ngan roomate
aku buat la aksi bangang tu


tetiba kaki aku tak seirama ngan idea
kaki aku sampai atas katil dulu
tapi berbelit ngan selimut


aku nak betulkan kedudukan
berdiri 
tarik selimut

dang!!
tiba- tiba aku kat lantai

gunakan imaginasi anda untuk faham kedudukan sarkis aku

sekian, 
k bai!

Tuesday, December 3

23 TAHUN

betul la
selama aku dah 23tahun
apa agaknya bakti yang aku dah tabur

nak kata pada mak abah aku
kat diri sendiri pun belum tahu hujung pangkal macam mana
apa lah lagi pada agama yang aku anuti sekarang


aku tak kecewa
bilamana ada orang yang lagi muda dari aku
tapi jauh lebih bermanfaat pada orang lain
sedang aku sendiri tak pasti apa matlamat ntah



aku bangga kerana mereka ada


aku harap aku boleh jadi macam dorang
walaupun bukan dalam perkara yang dorang buat
aku harap setiap yang aku buat memberi manfaat


sedang mereka dah berada diatas
aku sendiri masih terkapai kat bawah



eh! tak
aku tak terkapai
aku tengah berusaha
kau pun tengah berusaha
cuma kau lagi laju

THE WAY TO DEAL YOUR FEAR, YOU HAVE TO DANCE WITH IT- izzhar nazri

**rasa rendah diri betul bila yang juara tu aku minat,,,,padahal aku apa ada....