Tuesday, May 28

PETANDA

Assalamualaikum,,,,



baiklah. Aku tak faham ntah kenapa nak exam time assignment melaung- laung minta disiapkan, aku masih gigih update benda neh.. dah KENAPA??


kan,,,,

Tak payah nak sembang pasal carry mark ke apa,,, ni sedang aku menaip ni pun masih berbondang- bondang microsoft word aku buka. Punyalah gagah hoi nak menyiapkan ni hah. 

oh,, ada satu benda menarik (hoh??? seriously fahana? seriously??). 



Aku antara manusia yang kadang- kadang tak fikir panjang. Maksud aku bila jadi satu- satu hal, aku malas nak fikir apa konsekuennya. Kalau boleh, cari punca pun aku tak mahu. Kalau boleh, aku nak fikir sampai depan tu je. Tu, depan tu je. Malas nak langkah jauh- jauh. Risau dah melangkah, mengesot minta mengundur. Sakit. Aku yakin sakit. 

Jadi bila aku suarakan benda ni pada lecturer aku,,,, YA,, aku ni bermasalah. Sebenarnya ada sebab kenapa aku ni tak mahu berfikir jauh. Maksud aku, tak nak cuba cari alternatif pada masalah tu. Cuma buat masa sekarang aku tak tahu kenapa. 



Jadi macam ni. Aku nak berfikir jauh. Aku janji. Aku nak berfikir jauh sejauh tempat sujud aku. Andai kata betul aku ni pemalas nak cari alternatif dalam setiap masalah aku, aku nak makin rapat dengan Dia. Dating dengan Dia selalu,, Sujud minta Allah permudahkan urusan aku. Paling penting, permudahkan urusan hidup mak abah dan adik beradik aku, guru- guru aku dan kawan lempang- lempang aku ni. 

Dalam setiap hal, sebenarnya bila kita di uji tu petanda. Petanda yang sebenarnya kita makin jauh dengan Dia. Ya,, aku mengaku. Tapi aku masih berterima kasih. Dia tak palingkan hati aku dari terus lupakan Dia. Dia tak bagi aku dugaan yang aku tak larat nak tanggung. Aku bersyukur. Terima Kasih Allah.