Saturday, April 15

DUDUK TENGOK

Aku dah habis belajar, dan masih mencari kerja

Ya,, aku belum bekerja.
Dan dalam setahun ni,aku dah pernah bekerja
Kerana kecewa, aku berhenti

Aku harap suatu masa yang diizin Tuhan untuk aku
Aku punya sesuatu aku punya sendiri
Janganlah aku lupa diri
Jangan lupa jengok jaga, pandang yang bawah
Tidak perguna kuasa untuk menidakkan hak orang lain


Bilamana kau punya sesuatu itu
JANGAN ANGKUH DAN SOMBONG


Kau tinggi jadi yang paling atas kerana berdirinya tiang- tiang kukuh di bawah
Kau bebas bagi teguran, tapi kau langsung tak nak terima teguran
Selama aku kat sana, jarang aku dengar kau muhasabah
Fikir dan cari, apa yang Tuhan uji kau tu silapnya kat mana dan bagaimana nak perbaiki

Bila aku bersuara, kata aku tak ada pengalaman lagi dalam bidang ni
Awak masih baru, banyak lagi yang awak tak tahu
Awak buat je apa yang saya suruh, saya majikan awak



"Saya yang bayar gaji awak" " Saya majikan awak" " Ini kerja awak" " Awak masih baru, awak tak tahu"
Jujur,,,masih terngiang dalam kepala aku sampai hari ni

Aku penat, kecewa dan aku pergi.
Banyak kali tanya, aku pilih untuk tak toleh lagi dah
Sebab selama aku kerja, yang dah pergi masih disebut ulang salahnya di cari
Rasanya, giliran aku pula lepas ni.
Disebut ulang dan salahnya di cari.