Tuesday, January 19

LIKU DAN LUKU

Aku dah officially habis degree aku
Kalau kau tanya aku nak sambung master ke apa benda
Jawapan aku tak
Sekarang ni tak
Aku tak tahu waktu aku dah lapang dan berduit karang
Mungkin aku terfikir nak belajar tinggi lagi
Tapi ya, sekarang ni jawapan aku tak


Aku habis diploma dulu
Aku stress
Cukup stress sebab kata orang belajar at least degree la
Nak cari kerja pun senang
Jadi aku sambung walaupun ada sikit berat hati 
Kalau aku ingat siapa yang cakap tu
Aku letak dia dalam almari yang penuh cicak bersama semut api
Baru tahu erti penyesalan


Sekarang ni aku dah habis degree
Kalau masih ada pemikir- pemikir tegar yang kata belajar sampai master la
Baru dahsyat, jodoh pun senang dapat
Aku luku tulang punggung dia
Biar rasa seksa waktu melabor, duduk punggung senget


Takde, sekarang ni aku nak bagitahu yang aku tengah mencari kerja
Aku cukup bengang bila orang kata ah ni tak nak, ah tu tak nak
Pada aku yang kau apahal demand, gila!


La ni aku tengah nak cari kerja
Aku ushar yang dalam Johor sahaja
Kalau boleh area Pasir Gudang sahaja
Pasal jauh nanti transportation's problem
Kena cari rumah sewa lagi kang, apa ke benda ntah


Nak apply, tapi kelayakan tak kena
Padahal namanya mencuba tu memanglah berisiko
Bila aku fikir balik ni, nampak sungguh aku termasuk dalam kategori demand
Jadi pulang jelah ayat kat diri sendiri
Kau apahal demand, gila!