Thursday, November 5

PERGI

Dalam dunia ni
Kau patut tahu yang tak semua benda kekal dengan kau sampai bila- bila
Cukup masanya 
Kau kena lepaskan dia pergi
Dia yang aku maksudkan bukan je manusia
Tapi semua benda


Hari ni boleh jadi kau sayang sangat dengan sesuatu
Tak payah lama sangat
Dua tiga minit lepas tu je pun
Sesuatu tu boleh pergi

Dan hari ini aku tengok perlahan- lahan dia pergi


Aku percaya tentang satu hal ni
Aku lihat dan tahu dia sangat selesa di sana
Biarlah
Aku lepaskan dengan harapan
Dia akan menjadi seperti yang dia mahukan
Sebab aku tak pernah membantu dia dari sudut itu


Tapi aku yakin
Aku adalah peluang untuk dia melihat
Bahawa mencari yang terbaik itu perlu

Maka, semoga kau baik- baik di sana