Tuesday, November 10

BAHAGIA

Nak bahagia selalu pun kadang tak best juga
Kira macam kau tak ada cabaran dalam hidup
Itu ikut kiraan aku la
Kalau kau orang punya kiraan tentang perasaan lain dari aku
Dah tentu- tentu la sebab kau bukan aku


Aku kadang- kadang berangin kepala
Sampai dilabel orang yang suka terasa
Walhal selintas perasaan pun tak ada
Sebab tu lah kot, makin lama aku makin suka sendiri- sendiri



Kalau kau jenis manusia macam aku
Benda tu ambil masa
Biar orang kata kau lambat respon ke apa
Asalkan kau kunyah habis ayat yang dia orang lontarkan
Kalau respon kau, orang tak faham
Kau gelak dan konon- konon main handphone
Pasal kau sorang je yang faham kau

Perasaan manusia ni macam- macam
Kau pilih je nak yang mana
Tapi letakkan perasaan kau nombor satu
Sebab kau berhak untuk diri sendiri