Sunday, March 9

PANGKAH




benda kalau kau cerita dengan dia
tapi hujungnya
cerita dia lebih dari cerita kau
kuat lagi suara dia dari suara kau


itu belum kira muka dia bersungguh sanggah ayat kau
satu- satu dia pangkah

tak masuk lagi dengan respon dia pada cerita kau
muka biasa- biasa
ayat macam kau sebenarnya
dah silap serba serbi


humangaih,,,


**guwa jenis tak kisah sangat kekadang... sebab guwa sedar, jarang guwa bercerita respon yang guwa dapat adalah awesome. jarang sangat.

Thursday, March 6

JALANAN



kau minta orang rasa macam mana kau berjalan
melihat apa yang pernah kau lihat
merasa sendiri pengalaman lalu jalan yang kau lalu

maka kau minta dia pakai kasut kau

perlahan kau bawa dia jalan
steady macam kau biasa buat
perlahan tapi lembut dengan pimpinan
jalan yang sama
kanan kiri suasana sama

tapi kenapa
kenapa dia end up dengan ulasan berbeza dengan kau
kasut sama dah
jalan pun jalan yang sama
walaupun masa yang lain
tapi kau dah setting baik sama timing macam yang kau biasa lalu



maka macam mana cuba pun
rupanya
dia tak boleh nak fit in dalam kasut kau
langkah pertama lagi dia dah silap
lagi malangnya dia adalah sebab kau tak nampak
betapa dia sedang mencuba


jadi sebenarnya bagaimana??