Sunday, December 29

KATANYA

hari tu sembang ngan member
member lama
dia tak macam yang aku kenal dulu
takde masa dia nak imbau kenangan lama
takde masa....faham
faktor usia mungkin



entah macam mana cerita
tiba- tiba isu sistem pendidikan negara kita dah kemunduran
aku tak nafikan
memang pun sebab banding dengan negara maju
pada skop pandangan aku la


tapi aku fikir macam ni
aku nak belajar betul- betul
kalau ada rezeki, jodoh umur panjang
boleh ubah sistem ni, ubah



tapi aku rasa ada syaratnya
aku kena belajar setinggi boleh sebab aku nak kena fight untuk benda ni
benda nak fight ni kena bawa keluar hujah bijak
bukan tak suka benda ni jadi jangan la guna benda ni
sekurangnya kalau aku tak dapat
anak cucu aku boleh dapat

kalau sembang kosong je
gedegang gedegong macam tin kosong
macam mana nak buat sesuatu
nanti sampai habis hayat
ungkit sistem ni sistem tu prong preng toing toing
dah tu mana jasa aku??


dulu masa aku kat kolej
ada sorang budak ni sibuk perjuangkan PTPTN bagi free je lah
ingat pt ni lebam otak dia ke nak bagi free je senang- senang
dah bagitau awal- awal nak free, jaga pointer

lepas tu nak mansuh PTPTN
dah tu,,bak datang duit bulan- bulan untuk makan aku



benda nak ubah bukan mudah
lantang macam mana pun hebatnya
kalahkan dengan bijaksana
bagi hujah tunjuk yang kau ada ilmu

kalau kau kuasai ekonomi, kau boleh sembang isu ekonomi negara dan banding dengan dunia
kalau kau kuasai undang- undang, kau boleh sembang isu perundangan negara tu kes semasa hukuman bagi setimpal ke apa benda
kalau kau kuasai psikologi, kau boleh sembang hasil kajian kau yang guna responden 2ribu tu, kemiskinan significant ke tak dengan kepandaian,,kalau significant,, cadang kat tempat ni, taja budak ni, tempat tu taja budak tu....errr sampai macam tu ke usaha??


jangan jadi dua kali lima dengan orang yang bagi darah kau terbakar tu



paling win, kau tadah tangan doa
semoga semuanya dipermudahkan
baik aku, kau, mak abah, adik beradik, kawan sembang, ke sapa- sapa lagi la, suka hati
ni nak Final Exam
semoga selamat semuanya <3 p="">