Wednesday, May 9

Demam....pffft~


Assalamualaikum……

Hallo everybody,,, how are you??  Is everything good? May you always be with blessing of ALLAH.



Aku sesungguhnya semasa menulis ni tak berapa sihat. Demam yang panas gila kot sampai hidung berdarah.




Cuaca kat sini tak selesa. Tapi siapa aku nak menyalahkan cuaca?? Dia juga bekerja dengan Allah.




Kat sini, kalau panas dia macam panas ‘eh, pakai baju basah pun sampai kelas dah eh, eh ni baju dah kering malahan boleh jadi siap cantik seperti bergosok……’ Tak de,,, tu sarkastik je tu. Imaginasi aku yang menunjukkan betapa panas nya lah hai cuaca sini.



Itu kalau cuaca panas. Mari aku cerita kalau cuaca hujan pula. Dah la kau ada kelas pagi, kena lah keluar rumah pagi. Muka yakin sidai baju. Balik rumah jam 6 petang yang dah memang hujang trang tang tang. Yang memang jam 6 kau balik rumah tu bergenang air hujan depan rumah kau,,,macam celaka apa nak angkat baju. Celah mana nak sidai baju berair tu kan. Itu pasal la sekarang aku basuh baju guna hamba. Tak, tak gurau. Ni bahasa ganas sangat la fahana woi,,, kau kan nak berubah katanya~

Setelah berbincang rapi begebang gebang ngan Atiqa, aku malas lagi dah nak basuh baju sendiri. Tu hah masuk je RM 2, tekan on…… Tapi memang best la turun tangga naik tangga. Dah siap basuh tu tinggal sidai je,,sidai dalam bilik pun tak de masalah rasanya. Cuma sedia la macam kena pandang selekeh dengan roommate kau.
Kalau nak dikira la, aku malas nak kira dah berapa kali aku demam kat sini. Cuaca berubah total. Kalau pagi tu panas humang haih, kau ready je la petang nak hujan. Roommate aku kadang- kadang sampai pelik tengah- tengah hari aku berselubung ngan selimut. Ni mak aku yang ajar. Kalau macam nak demam selubung satu badan bagi berpeluh. Tu belum lagi mak aku ajar makan pil barakah dia. Tu je satu benda yang susah aku nak buat. Actually, bukan lah satu je benda yang aku susah nak buat,, banyak lagi. Paling bermasalah nak makan ubat~~~


Oh,,,,lupa nak bagitau jugak roommate aku pn tengah demam. Maka, kitorang ada ala- ala lawan bersin dan buang hingus. Lawak kan. Tengah- tengah malam masing- masing bangun pergi tandas. Sebelum ni demam aku Cuma acah- acah je. Kejap ada kejap tak de. Selubung satu badan, tutup kipas baik dah. Cuma yang ini sebab hari Isnin lepas kena duduk dalam Dewan Konvo tengok bini PM dapat anugerah. Sejuk dia macam kau bercakap keluar asap kat mulut. Elok je habis, kena menapak cari bas balik kolej tengah- tengah panas. Tak habis kat situ,,, malam tu pula kena duduk dalam e- learning dengar professor bagi kuliah sikit. Sejuk juga. Balik tu memang dah redha je besoknya nak demam.









And here I am now,,, with the bantal basah kena air dari tuala tepek kat kepala and never left the red blanket also basah with air dari tuala tepek kat kepala…… zzzzzzz~