Monday, May 14

Allah Itu Bekerja Dalam Rahsia

Assalamualaikum....



tadi petang aku berjaya move on dua stages lagi Plant vs Zombie.... lepas tu bebal lagi tak lepas. Terasa bosan, aku pun layan game susun block. Masih rasa bosan pasal game tak mencabar. Masalah.




Itu petang punya cerita. Sekarang aku nak cerita cerita yang jadi malam tadi,, tak berapa lama dari petang tadi punya cerita. Tadi bespreng aku kat KUIM dulu mesej bagitahu yang bespreng aku lagi satu nak bertunang dah bulan 6 ni InsyAllah. Siap dia post dalam blog dia lagi pasal berita tu......klik Athirah






Okay,,,  Kadang- kadang aku jeles gak, lah kejadah mende la semua orang nak tunang ready bakal suami lafaz akad je sedang aku nyonyong sorang- sorang. Tak pe. Hidup mesti positif dengan Allah. Ini adalah time interval yang sesungguhnya Allah bagi untuk aku muhasabah balik diri. Apa dah cukup lengkap ke diri sendiri nak juga jaga hidup orang yang bakal aku sehidup semati. Menjaga hidup orang yang menjadi jalan aku masuk mana- mana syurga Allah. Bersama- sama memuliakan lagi bumi Allah dengan zuriat yang baik InsyAllah. 










Jujur lagi aku kat sini..... Aku sebenarnya belum ready bai nak berbual pasal jodoh ni. Aku masih belum pandai masak makanan yang core macam Asam Pedas, Kari, Ayam Masak Merah.....malah makanan yang hari- hari ligat dalam kepala yang katanya peberet sampai mati,  Ketam Masak Lemak pun masih aku meraban nak masak, jerit- jerit tanya mak aku bahan apa nak guna. Masak telur dadar pun kadang- kadang guwa lupa letak garam.... lu orang bayang la guwa masak benda lain. Antara sudut ini yang rasanya aku foul menjadi perempuan. Hadoo~




Tapi bila aku dengar yang bespreng sorang tu nak tunang dah, tak pasal- pasal aku gelabah jap. Rasanya dulu,, masa berbual pasal jodoh ni memang selalu aku jadi bahan antara yang akan bernikah dulu. Tapi aku positif je..... kalau sampai awal pun alhamdulillah. Tapi yang sekarang ni dia dah bertunang dulu dan insyAllah bernikah dalam tempoh terdekat. Tahniah... I know you read my blog, and here i wish you advanced for the 'day'.  



















Tak de apa lah. Allah dah kata jodoh dia sampai masa ni. Jodoh dia awal. Allah memudahkan urusan dia ketika ini. Setiap manusia itu kan diciptakan berpasangan. Lelaki dan perempuan. Aku nak suami yang jadi imam solat kami (aku dan anak- anak, InsyaAllah) dan pembimbing kami dalam usaha menuju jannah Allah adalah orang yang baik sebagaimana yang ditetapkan dalam Islam. Dalam pada nak mencari imam yang baik, aku sendiri perlu menjadi baik. Time interval antara masa sekarang ini dan masa menerima lafaz akad suami, aku perlu perbaiki diri. 


'Kelambatan' tempoh masa untuk si dia datang adalah peluang yang Allah bagi pada kita dan dia untuk memperbaiki diri masing- masing. Nanti dah tiba masanya jumpa si dia, selamba la tanya "eh, apahal lambat..... got traffic jammed ha???"









































Muslimah, place your heart in the hands of Allah and He will place it in the hands of a man who He believes deserves it. Insya Allah- Asyraf Zabani


DAN KERANA ALLAH ITU BEKERJA DALAM RAHSIA. Bersangka baik dengan Allah, insyAllah~