Wednesday, May 9

Acah Mak Enon


Assalamualaikum……………
Ini entry yang ketiga.. pergi tengok lagi 2 entry kat bawah……


Apa kabar lu orang semua????  Aku ingat hari ni aku nak update sampai lebam lah…… pasal guna broadband sendiri kan. Laptop aku dah kena santau lah,,,, dapat detect banyak line wi- fi KZ line 1, 2, 3, 4 tak cukup kat situ ada juga line KAB line 1, 2, 3…… tapi nak connecting dua tahun ke apa ntah. Itu sebab la buka laptop je layan Plant vs Zombie…… mana- mana kau orang yang dah lepas level sampai bumbung ke hapa ke diam je kat tepi. Aku nak lepas waktu malam ada kabus plus kat tasik pun bebal lama gila. Kalau pilih barang- barang sendiri tak pe la. Ni dah la dipilihkan, pastu kena pilih sendiri cuma ad 3 option je. Confirm- confirm la kena pilih bunga matahari, clover, ngan daun tanam kat air tu. Memang apa pun tak boleh nak buat.



Dah bosan level tak lepas- lepas, aku quit je la. Tapi  sebelum quit tu, aku bagi tanaman aku yang berketul- ketul tu sihat dulu…… heheh. Dah macam tu, baru boleh keluar dengan tenang.

Pusing- pusing lagi kat folder khusus untuk game. Cari game yang sesuai. Nak pilih game tarzan memang tak la. Melompat- lompat macam hapa.
Bosan. Main game word search. Ni game budak- budak genius je suka main. Ke aku je yang memang perasan genius sorang- sorang????


 



Ad la dalam 3, 4 level. Juga bosan. Senang sangat nak cari. Julingkan je biji mata jumpa la 7, 8 perkataan. Mudah sangat.
Tekan quit, selesai. Ushar game lain. Yeah,,,,, code break. Ni game yang ko kena teka apa yang computer tu nak. Tapi game ni tak lama mana lah aku main. Pasal stress tak dapat- dapat solutionnya. Game yang ini aku confident la memang genius je yang suka main. Benda- benda yang kasi kepala pening memang game macam ni la……


 


Masih lagi bosan. Cari la game lain. Mungkin usha game yang tak payah nak pening- pening sangat. Biasa la…ketuk- ketuk beruang ni. Memang favourite aku dari dulu. Kalau missed sekali rasa nak ulang main. Terasa sangat sentulnya kalau game mudah pun boleh salah ketuk. Lepas tu tak boleh salah sikit, ada la dengar bunyi kentut……selekeh gila game ni. Tapi tak pe. Aku suka. Pasal game ni tak susah mana………

 


Ada la dalam 5, 6 minit.




Budak jenis pick up lambat macam aku ni kena main game mencabar sikit. Bagi meningkatkan keupayaan berfikir. Game yang ini senang sangat. Setakat ketuk- ketuk macam ni, MUDAH~ exit

Memory blocks. Ni game memang selalu je aku quit cepat- cepat. Agak masa macam lambat gila vavista pusing- pusing block yang sama terus new game. Nak hot la. Kalau boleh nak masa paling laju tak sampai seminit. Tapi memang bebal gak la nak kurang seminit tu.

 






Tapi yang paling biasa aku suka buka paling last……… yang ini. COLUMNS. Biasa la. Yang paling last kita akan simpan untuk serve paling akhir dan terbaik. Macam kau makan ayam goreng KFC…… kerak ayam letak hujung- hujung. Nak ratah paling akhir. Kemuncak nikmat nya ayam KFC. Tapi punah harapan kalau adik kau yang laju je ambik dulu kerak ayam tuh. Menangis juga la rasanya.


Biasa game ni la yang aku spend masa lama gila. Tapi tak lah lama macam main game zombie uh. Nak score sampai 300 habis lebam. Paling bangga pernah dapat 297 je. Lagi 3 tu dah jahanam sebab aku salah letak je.























Dulu kini dan selamanya Brick Game dalam hati ku……






Motif aku buka laptop asalnya nak siapkan buku log ko ku…tapi tak tau lah apahal boleh main game bagai. Itu la namanya acah mak enon. Nak buat buku log konon???? Poodaaaah……