Tuesday, February 21

UPSI,,new destinasi

Hai,,,,Assalamualaikum
Baru- baru ni, aku dah mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ye,, uni yang hangat dengan cerita merempuh pagar dan kontroversi segala tu. Dalam pengkhususan apa,,,mestilah semua yang ikut belog dari awal ni tahu. Dok sibuk menelaah ‘The Definitive Book Of Body Language’ uh mestilah psikologi.
Yeah,,,,,,
Dapat kursus yang sama dengan roommate hentah apa- apa dulu tu Atiqa, budak sekelas si Rohaika, penjual gelang Kak Fatimah, atlet KUIM Naza, dan jiran rohaika dulu Kak Yan. Rumah je lain- lain. Nah, ambik kau fahana. Sekarang dengan budak Kelantan yang memang pembersih gila, muka style pointer 4.00, kurus, tinggi, cantik. Heh, mental tak kuat duduk je lah hujung katil study diri sendiri. Daripada aku masuk sampai sekarang, aku tengok dia study je. Risau betul aku. Dan aku akan ambil masa EMPAT TAHUN (amiiiin, InsyAllah ya Rabb!!) dekat sini. For those yang macam usha- usha nak minang aku tu,, tunggu je la lagi EMPAT TAHUN………
****gedegang!! Hantuk kepala sendiri kat meja. Siapa yang kau rasa dok usha kau tu Fahana?????(monolog)
Empat tahun kat sini,,sempat tak hah aku jumpa jodoh????
****gedegang!!! Menggelabah apahal????
Hah,,dan kelaka sangat masa orientasi hari tu, setiap hari jam 8 akan naik bas ke kampus Sultan Abdul Jalil Shah nak orientasi kat sana. Dan dengan itu, setiap hari juga lah akan pandang banjaran titiwangsa waktu pagi lepas tu asik cakap cantik je……si Atiqa pun layan je.
Masuk minggu kedua kat sini ha, masih lagi tengok banjaran titiwangsa waktu pagi. Cuma bezanya kali ni, “ko tengok hari2 macam tu juga”. Nampaknya Atiqa Cuma menikmati kecantikan banjaran titiwangsa hanya seminggu.
Oh, aku nak cerita. Hari tu first time aku survive balik sendiri. Eeerrrrr tak la sendiri pun. Ada kawan la. Tapi kira sendiri juga la sebab bukan dengan mak dan abah aku. Dan tak ada lah sendiri mana pun sebab asyik mesej kak long Syikin tanya lepas ni buat apa, lepas ni buat apa.
Meraban apa ntah konon nak balik uruskan hal PTPTN padahal PTPTN masa tu tengah problem. Gelabah nak balik. Macam Perak ke Johor tu makan 2 3 jam. Fahana, Fahana……perangai tak berapa nak berubah.
Hai hai, dan masa penerangan untuk kursus aku tu, boleh kata aku focus juga la. Pasal menggelabah nak ambil subjek English. Lepas tu, kalau nak tahu lagi la kan. Kursus aku ni memang fully English. Dah macam hape muka masing- masing waktu speaking kelas pertama tadi.
Maka, lepas ni sekiranya dalam belog mucuk mucuk muntah ni tetibe ada entry English, faham- faham je la budak baru nak berjinak- jinak speaking English. Mana- mana bahasa yang badigol bersepah tu tegur je la. Aku memang pending kalau english2 ni.
Sori la, entry kali ini aku memang kelam kabut nak update. Jadi dia macam semua benda aku nak cerita. Nanti entry lepas ni aku susun cantik- cantik eh…sori ye semua…
Babai!!! Aku insyAllah update lepas ni lebih kemas.
Jumpa lagi!!!