Friday, January 6

Kenangan Itu Indah


Assalamualaikum warahmatullah,,,,, dan Selamat Sejahtera


wah tajuk macam hebat sangat tu fahana! MACAM HEBAT SANGAT TU.....padahal


Berbekalkan beberapa ingatan manis (muntah gila-gila ayat manis bagai) bekas dari 'jalan- jalan sambil interbiu' ke Perak itu hari, adalah juga satu dua idea yang menepek dalam kepala aku ni. Okaylah,,,sebenarnya bukan satu dua je, tapi memang banyak gila ada fikir. Cuma rasa malas yang agung nak menulis padahal hari- hari online. Penat woh kekadang~~


Baiklah, sepanjang 'jalan- jalan' itu hari, telinga aku telah mendengar bermacam rentak lagu. Lama ada, baru ada, suam- suam kuku sedapnya ada, lagu jahanam pun ada. Mana- mana lagu yang aku tahu lirik dia, sempat la karaoke sorang- sorang emosi lebih- lebih. Yang tahu bahagian chorus pun layan juga. Lagi lah kalau lagu yang cuma tahu bahagian chorus je ni, emosi waktu nyanyi sorang- sorang tu kena berlipat kali ganda. Konon nak tarik dan feeling habis. Cover la weh, tak kan nak tunjuk sangat banyak lagu tak tahu padahal lagu tengah hot kat radio kot~


Tak lama lepas tu dengar lagu Menjaga Hati.




Pfffffffttt~~





nama beliau MoMo.....kehkeh... selalu kena sepak terajang ngan aku.... kacak bukan??




Ntah kenapa ntah tetibe dalam kepala terlintas bayangan kedai RM2 kat Masjid Tanah dulu. Waktu tu aku beli sepit untuk sepit baju..........


Ceritanya macam ni,,masa aku mula masuk Kolej Universiti Islam Melaka dulu, tengah lagu tu yang banyak diputarkan. Pulak dalam ketika tu, paling aku ingat la aku tengah blur- blur lagi pergi kedai beli sepit kain dan jajan. Hanger tak perlu sebab satu batalion aku bawa. At the end of the semester, tinggal la dua tiga ketul. Sedekah weh, sedekah.

Rentetan daripada kisah lagu Menjaga Hati tu, aku ingat sorang senior aku ni. Masa mula- mula aku masuk, dialah guide kitorang untuk duduk mana- mana bilik. Senior aku yang ini, dia kalau kata mandi, pergi kelas, bau dia kalau duduk kat Pasir Gudang ni, dari Bandar Dato' Onn dah boleh bau. Aku tak taulah kalau kulit dia jenis absorb bau ke apa ntah kan, tapi paling dapat tangkap bau Palmolive warna purple tu. Sampai sekarang kot, kalau bau tu mesti ingat senior tu.


Dan pasal senior yang itu juga, dia pernah buat aku rasa sengal abadi bila suka buat ringtone hengfon lagu yang sama. Kala tu, tengah masyur lagu Ku Merindu. Aku paling bengang kalau hengfon aku bunyi waktu pagi. Tu memang tak lain Atira call ajak pergi kelas padahal aku baru nak celik mata. Ntah apa lah perangai kau ni fahana woi. Tapi sesejak aku abadikan lagu tu sebagai ringtone aku, jadi bengang pulak. Menjajau pepagi cari hengfon nak jawab "hah, apa weh Tira?? aku tengah nak siap ni" padahal terpisat- pisat cari tahi mata. Yang padahal bukan aku punya hengfon pun,,tapi senior yang itu. Pakwe dia meng'kolling' pepagi nak ucap "selamat belajar dan selamat belajar".








Baiklah, tamat la sesi kenangan- kenangan ni. Karang cakap aku emo pulak.








Tak lama lepas tu abang aku dah tak buka siaran radio pulak memangdangkan rasa nak muntah tengok adik sendiri nyanyi sambil emosi. Jadi aku cari alternatif lain nak suka kan hati sendiri. Dah la boleh dikatakan 70% dari waktu dalam kereta aku bantai tidur . Jadi sambil belek- belek lagu dalam hengfon tu, aku ternampak la lagu Puaskah. Lagu ni pulak ada kaitan waktu aku pergi kejohanan silat dulu kat Perak tu. Masa tu lagu tu je ulang dengar hari- hari. Pasal silat jugak, ada kaitan dengan lagu ni Yakinlah Aku Menjemputmu dan juga lagu Kembali Pulang . Nak tahu pasal silat ada satu entry best kat sini dan juga sini.



Okay, baiklah. Itu je sikit sebanyak aku nak kenangan indah lah bagai.




Sekarang semua orang angkat tangan dan berdoa:


"Ya Allah, jika disana adalah tempat yang baik untuk Farhana Sakinah, maka kau panjangkanlah langkahnya untuk ke sana. Maka sekiranya tidak, kau lenyapkan lah rasa yang ada. Sesungguhnya Engkaulah maha mengetahui kuat dan lemahnya setiap sesuatu yang Engkau ciptakan. Amiiiin ya Rabb"



















salam akhir dari kami ~fahana & MoMo~

Rolling On The Floor Laughing Out Lout

***adalah lagi best korang tinggal komen bawah ni hah....Pesanan ikhlas,, fahana dan MoMo~~ LOL

* kalau best,,klik sini untuk like saya!!!!