Thursday, December 27

EXAM SAHAJA

Assalamualaikum wbt....


Salam Sejahtera pada readers yg bukan beragama Islam...






Alright,, let me clear this things up. Tajuk tu aku harap tak menggambarkan bahawa betapa aku buat revision, study, focus and all those things yang rasanya macam student patut buat. Unfortunately, I as the writer tengok tajuk tu banyak kali pun, feel like brouhahas sungguh kau fahana... Macam student cemerlang, pemegang pointer tertinggi setiap semester...



Motif tajuk tu macam ni.. I want to let you guys know yang aku rajin online semasa hari- hari exam makin dekat sahaja. Kenapa??? ha...macam ni lah. Sebab waktu macam ni, line wi fi sangat laju yang buatkan aku rasa sangat awesome... Boleh bantai marathon Betul ke Bohong sampai 12 episod darab 2 musim. Kau bayangkan lah betapa tekalnya hati aku... belum lagi part BoboiBoy yang aku dah missed sampai 10 episod. 







Cemerlang Fahana,,,Cemerlang~~




















by the way.... I know that most of us is struggle to the final exam. Ladies and gentlemen, boys and girls, girlfriends and boyfriends out there...... Please do our best to perform well in the examination. It is surely not because what is the result will come out, but please think for the future generation. Kita ni yang akan mencorak generasi akan datang woi. Kalau yang nak mencorak ni pun dah jahanam, mana datang pula generasi akan datang boleh cemerlang... dan aku pesan pada korang, aku pesan pada diri aku juga. 


Kau boleh faham tak apa aku nak sampaikan??











**ada nampak ciri- ciri counsellor- to- be?? pffft~~

Friday, November 16

Habuk

Assalamualaikum....


baiklah,,apa khabar semua kau orang..?? Macam ni lah. Aku sebenarnya memang sangat kusut dengan kerja kerja sekolah aku yang banyak. Oh,, dan sebenarnya aku tekankan kat sini,, kerja sekolah aku tu tak lah banyak.. Cuma perangai 'mental' aku ni yang suka menangguh kerja.. At the end,, aku sendiri yang menangis pulun kerja tuh... sedang aku menaip ni pun, aku masih berpeluk dengan buku Social Psychology.. pulak aku punya pembentangan hari Khamis ni pasal social influence.... ada tiga bahagian... Confirmity, Compliance, last sekali Obedience.... 







Benda yang aku sangat seronok nak share dan kongsi dengan kau orang semua kat sini adalah... hujung minggu ari tu, aku  terlibat dengan ekspedisi.. amboi,, bunyi agak gempak. EKSPEDISI... aku dan kawan- kawan Kembara Alam pergi Gua Kandu.. first time dalam hidup maaaa.... 








Masa tu juga lah aku sedar yang stamina aku setakat 30 minit je..... pffftt~~



**doakan lah aku dan kengkawan optimis nak jogging petang2,,, risau lepas ni untuk ke Gua Tempurung, stamina cuma mampu tahan 15minit,,, mooooong!!!!

Monday, May 14

Allah Itu Bekerja Dalam Rahsia

Assalamualaikum....



tadi petang aku berjaya move on dua stages lagi Plant vs Zombie.... lepas tu bebal lagi tak lepas. Terasa bosan, aku pun layan game susun block. Masih rasa bosan pasal game tak mencabar. Masalah.




Itu petang punya cerita. Sekarang aku nak cerita cerita yang jadi malam tadi,, tak berapa lama dari petang tadi punya cerita. Tadi bespreng aku kat KUIM dulu mesej bagitahu yang bespreng aku lagi satu nak bertunang dah bulan 6 ni InsyAllah. Siap dia post dalam blog dia lagi pasal berita tu......klik Athirah






Okay,,,  Kadang- kadang aku jeles gak, lah kejadah mende la semua orang nak tunang ready bakal suami lafaz akad je sedang aku nyonyong sorang- sorang. Tak pe. Hidup mesti positif dengan Allah. Ini adalah time interval yang sesungguhnya Allah bagi untuk aku muhasabah balik diri. Apa dah cukup lengkap ke diri sendiri nak juga jaga hidup orang yang bakal aku sehidup semati. Menjaga hidup orang yang menjadi jalan aku masuk mana- mana syurga Allah. Bersama- sama memuliakan lagi bumi Allah dengan zuriat yang baik InsyAllah. 










Jujur lagi aku kat sini..... Aku sebenarnya belum ready bai nak berbual pasal jodoh ni. Aku masih belum pandai masak makanan yang core macam Asam Pedas, Kari, Ayam Masak Merah.....malah makanan yang hari- hari ligat dalam kepala yang katanya peberet sampai mati,  Ketam Masak Lemak pun masih aku meraban nak masak, jerit- jerit tanya mak aku bahan apa nak guna. Masak telur dadar pun kadang- kadang guwa lupa letak garam.... lu orang bayang la guwa masak benda lain. Antara sudut ini yang rasanya aku foul menjadi perempuan. Hadoo~




Tapi bila aku dengar yang bespreng sorang tu nak tunang dah, tak pasal- pasal aku gelabah jap. Rasanya dulu,, masa berbual pasal jodoh ni memang selalu aku jadi bahan antara yang akan bernikah dulu. Tapi aku positif je..... kalau sampai awal pun alhamdulillah. Tapi yang sekarang ni dia dah bertunang dulu dan insyAllah bernikah dalam tempoh terdekat. Tahniah... I know you read my blog, and here i wish you advanced for the 'day'.  



















Tak de apa lah. Allah dah kata jodoh dia sampai masa ni. Jodoh dia awal. Allah memudahkan urusan dia ketika ini. Setiap manusia itu kan diciptakan berpasangan. Lelaki dan perempuan. Aku nak suami yang jadi imam solat kami (aku dan anak- anak, InsyaAllah) dan pembimbing kami dalam usaha menuju jannah Allah adalah orang yang baik sebagaimana yang ditetapkan dalam Islam. Dalam pada nak mencari imam yang baik, aku sendiri perlu menjadi baik. Time interval antara masa sekarang ini dan masa menerima lafaz akad suami, aku perlu perbaiki diri. 


'Kelambatan' tempoh masa untuk si dia datang adalah peluang yang Allah bagi pada kita dan dia untuk memperbaiki diri masing- masing. Nanti dah tiba masanya jumpa si dia, selamba la tanya "eh, apahal lambat..... got traffic jammed ha???"









































Muslimah, place your heart in the hands of Allah and He will place it in the hands of a man who He believes deserves it. Insya Allah- Asyraf Zabani


DAN KERANA ALLAH ITU BEKERJA DALAM RAHSIA. Bersangka baik dengan Allah, insyAllah~

Wednesday, May 9

Acah Mak Enon


Assalamualaikum……………
Ini entry yang ketiga.. pergi tengok lagi 2 entry kat bawah……


Apa kabar lu orang semua????  Aku ingat hari ni aku nak update sampai lebam lah…… pasal guna broadband sendiri kan. Laptop aku dah kena santau lah,,,, dapat detect banyak line wi- fi KZ line 1, 2, 3, 4 tak cukup kat situ ada juga line KAB line 1, 2, 3…… tapi nak connecting dua tahun ke apa ntah. Itu sebab la buka laptop je layan Plant vs Zombie…… mana- mana kau orang yang dah lepas level sampai bumbung ke hapa ke diam je kat tepi. Aku nak lepas waktu malam ada kabus plus kat tasik pun bebal lama gila. Kalau pilih barang- barang sendiri tak pe la. Ni dah la dipilihkan, pastu kena pilih sendiri cuma ad 3 option je. Confirm- confirm la kena pilih bunga matahari, clover, ngan daun tanam kat air tu. Memang apa pun tak boleh nak buat.



Dah bosan level tak lepas- lepas, aku quit je la. Tapi  sebelum quit tu, aku bagi tanaman aku yang berketul- ketul tu sihat dulu…… heheh. Dah macam tu, baru boleh keluar dengan tenang.

Pusing- pusing lagi kat folder khusus untuk game. Cari game yang sesuai. Nak pilih game tarzan memang tak la. Melompat- lompat macam hapa.
Bosan. Main game word search. Ni game budak- budak genius je suka main. Ke aku je yang memang perasan genius sorang- sorang????


 



Ad la dalam 3, 4 level. Juga bosan. Senang sangat nak cari. Julingkan je biji mata jumpa la 7, 8 perkataan. Mudah sangat.
Tekan quit, selesai. Ushar game lain. Yeah,,,,, code break. Ni game yang ko kena teka apa yang computer tu nak. Tapi game ni tak lama mana lah aku main. Pasal stress tak dapat- dapat solutionnya. Game yang ini aku confident la memang genius je yang suka main. Benda- benda yang kasi kepala pening memang game macam ni la……


 


Masih lagi bosan. Cari la game lain. Mungkin usha game yang tak payah nak pening- pening sangat. Biasa la…ketuk- ketuk beruang ni. Memang favourite aku dari dulu. Kalau missed sekali rasa nak ulang main. Terasa sangat sentulnya kalau game mudah pun boleh salah ketuk. Lepas tu tak boleh salah sikit, ada la dengar bunyi kentut……selekeh gila game ni. Tapi tak pe. Aku suka. Pasal game ni tak susah mana………

 


Ada la dalam 5, 6 minit.




Budak jenis pick up lambat macam aku ni kena main game mencabar sikit. Bagi meningkatkan keupayaan berfikir. Game yang ini senang sangat. Setakat ketuk- ketuk macam ni, MUDAH~ exit

Memory blocks. Ni game memang selalu je aku quit cepat- cepat. Agak masa macam lambat gila vavista pusing- pusing block yang sama terus new game. Nak hot la. Kalau boleh nak masa paling laju tak sampai seminit. Tapi memang bebal gak la nak kurang seminit tu.

 






Tapi yang paling biasa aku suka buka paling last……… yang ini. COLUMNS. Biasa la. Yang paling last kita akan simpan untuk serve paling akhir dan terbaik. Macam kau makan ayam goreng KFC…… kerak ayam letak hujung- hujung. Nak ratah paling akhir. Kemuncak nikmat nya ayam KFC. Tapi punah harapan kalau adik kau yang laju je ambik dulu kerak ayam tuh. Menangis juga la rasanya.


Biasa game ni la yang aku spend masa lama gila. Tapi tak lah lama macam main game zombie uh. Nak score sampai 300 habis lebam. Paling bangga pernah dapat 297 je. Lagi 3 tu dah jahanam sebab aku salah letak je.























Dulu kini dan selamanya Brick Game dalam hati ku……






Motif aku buka laptop asalnya nak siapkan buku log ko ku…tapi tak tau lah apahal boleh main game bagai. Itu la namanya acah mak enon. Nak buat buku log konon???? Poodaaaah……

Demam....pffft~


Assalamualaikum……

Hallo everybody,,, how are you??  Is everything good? May you always be with blessing of ALLAH.



Aku sesungguhnya semasa menulis ni tak berapa sihat. Demam yang panas gila kot sampai hidung berdarah.




Cuaca kat sini tak selesa. Tapi siapa aku nak menyalahkan cuaca?? Dia juga bekerja dengan Allah.




Kat sini, kalau panas dia macam panas ‘eh, pakai baju basah pun sampai kelas dah eh, eh ni baju dah kering malahan boleh jadi siap cantik seperti bergosok……’ Tak de,,, tu sarkastik je tu. Imaginasi aku yang menunjukkan betapa panas nya lah hai cuaca sini.



Itu kalau cuaca panas. Mari aku cerita kalau cuaca hujan pula. Dah la kau ada kelas pagi, kena lah keluar rumah pagi. Muka yakin sidai baju. Balik rumah jam 6 petang yang dah memang hujang trang tang tang. Yang memang jam 6 kau balik rumah tu bergenang air hujan depan rumah kau,,,macam celaka apa nak angkat baju. Celah mana nak sidai baju berair tu kan. Itu pasal la sekarang aku basuh baju guna hamba. Tak, tak gurau. Ni bahasa ganas sangat la fahana woi,,, kau kan nak berubah katanya~

Setelah berbincang rapi begebang gebang ngan Atiqa, aku malas lagi dah nak basuh baju sendiri. Tu hah masuk je RM 2, tekan on…… Tapi memang best la turun tangga naik tangga. Dah siap basuh tu tinggal sidai je,,sidai dalam bilik pun tak de masalah rasanya. Cuma sedia la macam kena pandang selekeh dengan roommate kau.
Kalau nak dikira la, aku malas nak kira dah berapa kali aku demam kat sini. Cuaca berubah total. Kalau pagi tu panas humang haih, kau ready je la petang nak hujan. Roommate aku kadang- kadang sampai pelik tengah- tengah hari aku berselubung ngan selimut. Ni mak aku yang ajar. Kalau macam nak demam selubung satu badan bagi berpeluh. Tu belum lagi mak aku ajar makan pil barakah dia. Tu je satu benda yang susah aku nak buat. Actually, bukan lah satu je benda yang aku susah nak buat,, banyak lagi. Paling bermasalah nak makan ubat~~~


Oh,,,,lupa nak bagitau jugak roommate aku pn tengah demam. Maka, kitorang ada ala- ala lawan bersin dan buang hingus. Lawak kan. Tengah- tengah malam masing- masing bangun pergi tandas. Sebelum ni demam aku Cuma acah- acah je. Kejap ada kejap tak de. Selubung satu badan, tutup kipas baik dah. Cuma yang ini sebab hari Isnin lepas kena duduk dalam Dewan Konvo tengok bini PM dapat anugerah. Sejuk dia macam kau bercakap keluar asap kat mulut. Elok je habis, kena menapak cari bas balik kolej tengah- tengah panas. Tak habis kat situ,,, malam tu pula kena duduk dalam e- learning dengar professor bagi kuliah sikit. Sejuk juga. Balik tu memang dah redha je besoknya nak demam.









And here I am now,,, with the bantal basah kena air dari tuala tepek kat kepala and never left the red blanket also basah with air dari tuala tepek kat kepala…… zzzzzzz~

Tuesday, February 21

UPSI,,new destinasi

Hai,,,,Assalamualaikum
Baru- baru ni, aku dah mendaftar di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ye,, uni yang hangat dengan cerita merempuh pagar dan kontroversi segala tu. Dalam pengkhususan apa,,,mestilah semua yang ikut belog dari awal ni tahu. Dok sibuk menelaah ‘The Definitive Book Of Body Language’ uh mestilah psikologi.
Yeah,,,,,,
Dapat kursus yang sama dengan roommate hentah apa- apa dulu tu Atiqa, budak sekelas si Rohaika, penjual gelang Kak Fatimah, atlet KUIM Naza, dan jiran rohaika dulu Kak Yan. Rumah je lain- lain. Nah, ambik kau fahana. Sekarang dengan budak Kelantan yang memang pembersih gila, muka style pointer 4.00, kurus, tinggi, cantik. Heh, mental tak kuat duduk je lah hujung katil study diri sendiri. Daripada aku masuk sampai sekarang, aku tengok dia study je. Risau betul aku. Dan aku akan ambil masa EMPAT TAHUN (amiiiin, InsyAllah ya Rabb!!) dekat sini. For those yang macam usha- usha nak minang aku tu,, tunggu je la lagi EMPAT TAHUN………
****gedegang!! Hantuk kepala sendiri kat meja. Siapa yang kau rasa dok usha kau tu Fahana?????(monolog)
Empat tahun kat sini,,sempat tak hah aku jumpa jodoh????
****gedegang!!! Menggelabah apahal????
Hah,,dan kelaka sangat masa orientasi hari tu, setiap hari jam 8 akan naik bas ke kampus Sultan Abdul Jalil Shah nak orientasi kat sana. Dan dengan itu, setiap hari juga lah akan pandang banjaran titiwangsa waktu pagi lepas tu asik cakap cantik je……si Atiqa pun layan je.
Masuk minggu kedua kat sini ha, masih lagi tengok banjaran titiwangsa waktu pagi. Cuma bezanya kali ni, “ko tengok hari2 macam tu juga”. Nampaknya Atiqa Cuma menikmati kecantikan banjaran titiwangsa hanya seminggu.
Oh, aku nak cerita. Hari tu first time aku survive balik sendiri. Eeerrrrr tak la sendiri pun. Ada kawan la. Tapi kira sendiri juga la sebab bukan dengan mak dan abah aku. Dan tak ada lah sendiri mana pun sebab asyik mesej kak long Syikin tanya lepas ni buat apa, lepas ni buat apa.
Meraban apa ntah konon nak balik uruskan hal PTPTN padahal PTPTN masa tu tengah problem. Gelabah nak balik. Macam Perak ke Johor tu makan 2 3 jam. Fahana, Fahana……perangai tak berapa nak berubah.
Hai hai, dan masa penerangan untuk kursus aku tu, boleh kata aku focus juga la. Pasal menggelabah nak ambil subjek English. Lepas tu, kalau nak tahu lagi la kan. Kursus aku ni memang fully English. Dah macam hape muka masing- masing waktu speaking kelas pertama tadi.
Maka, lepas ni sekiranya dalam belog mucuk mucuk muntah ni tetibe ada entry English, faham- faham je la budak baru nak berjinak- jinak speaking English. Mana- mana bahasa yang badigol bersepah tu tegur je la. Aku memang pending kalau english2 ni.
Sori la, entry kali ini aku memang kelam kabut nak update. Jadi dia macam semua benda aku nak cerita. Nanti entry lepas ni aku susun cantik- cantik eh…sori ye semua…
Babai!!! Aku insyAllah update lepas ni lebih kemas.
Jumpa lagi!!!

Friday, January 6

Kenangan Itu Indah


Assalamualaikum warahmatullah,,,,, dan Selamat Sejahtera


wah tajuk macam hebat sangat tu fahana! MACAM HEBAT SANGAT TU.....padahal


Berbekalkan beberapa ingatan manis (muntah gila-gila ayat manis bagai) bekas dari 'jalan- jalan sambil interbiu' ke Perak itu hari, adalah juga satu dua idea yang menepek dalam kepala aku ni. Okaylah,,,sebenarnya bukan satu dua je, tapi memang banyak gila ada fikir. Cuma rasa malas yang agung nak menulis padahal hari- hari online. Penat woh kekadang~~


Baiklah, sepanjang 'jalan- jalan' itu hari, telinga aku telah mendengar bermacam rentak lagu. Lama ada, baru ada, suam- suam kuku sedapnya ada, lagu jahanam pun ada. Mana- mana lagu yang aku tahu lirik dia, sempat la karaoke sorang- sorang emosi lebih- lebih. Yang tahu bahagian chorus pun layan juga. Lagi lah kalau lagu yang cuma tahu bahagian chorus je ni, emosi waktu nyanyi sorang- sorang tu kena berlipat kali ganda. Konon nak tarik dan feeling habis. Cover la weh, tak kan nak tunjuk sangat banyak lagu tak tahu padahal lagu tengah hot kat radio kot~


Tak lama lepas tu dengar lagu Menjaga Hati.




Pfffffffttt~~





nama beliau MoMo.....kehkeh... selalu kena sepak terajang ngan aku.... kacak bukan??




Ntah kenapa ntah tetibe dalam kepala terlintas bayangan kedai RM2 kat Masjid Tanah dulu. Waktu tu aku beli sepit untuk sepit baju..........


Ceritanya macam ni,,masa aku mula masuk Kolej Universiti Islam Melaka dulu, tengah lagu tu yang banyak diputarkan. Pulak dalam ketika tu, paling aku ingat la aku tengah blur- blur lagi pergi kedai beli sepit kain dan jajan. Hanger tak perlu sebab satu batalion aku bawa. At the end of the semester, tinggal la dua tiga ketul. Sedekah weh, sedekah.

Rentetan daripada kisah lagu Menjaga Hati tu, aku ingat sorang senior aku ni. Masa mula- mula aku masuk, dialah guide kitorang untuk duduk mana- mana bilik. Senior aku yang ini, dia kalau kata mandi, pergi kelas, bau dia kalau duduk kat Pasir Gudang ni, dari Bandar Dato' Onn dah boleh bau. Aku tak taulah kalau kulit dia jenis absorb bau ke apa ntah kan, tapi paling dapat tangkap bau Palmolive warna purple tu. Sampai sekarang kot, kalau bau tu mesti ingat senior tu.


Dan pasal senior yang itu juga, dia pernah buat aku rasa sengal abadi bila suka buat ringtone hengfon lagu yang sama. Kala tu, tengah masyur lagu Ku Merindu. Aku paling bengang kalau hengfon aku bunyi waktu pagi. Tu memang tak lain Atira call ajak pergi kelas padahal aku baru nak celik mata. Ntah apa lah perangai kau ni fahana woi. Tapi sesejak aku abadikan lagu tu sebagai ringtone aku, jadi bengang pulak. Menjajau pepagi cari hengfon nak jawab "hah, apa weh Tira?? aku tengah nak siap ni" padahal terpisat- pisat cari tahi mata. Yang padahal bukan aku punya hengfon pun,,tapi senior yang itu. Pakwe dia meng'kolling' pepagi nak ucap "selamat belajar dan selamat belajar".








Baiklah, tamat la sesi kenangan- kenangan ni. Karang cakap aku emo pulak.








Tak lama lepas tu abang aku dah tak buka siaran radio pulak memangdangkan rasa nak muntah tengok adik sendiri nyanyi sambil emosi. Jadi aku cari alternatif lain nak suka kan hati sendiri. Dah la boleh dikatakan 70% dari waktu dalam kereta aku bantai tidur . Jadi sambil belek- belek lagu dalam hengfon tu, aku ternampak la lagu Puaskah. Lagu ni pulak ada kaitan waktu aku pergi kejohanan silat dulu kat Perak tu. Masa tu lagu tu je ulang dengar hari- hari. Pasal silat jugak, ada kaitan dengan lagu ni Yakinlah Aku Menjemputmu dan juga lagu Kembali Pulang . Nak tahu pasal silat ada satu entry best kat sini dan juga sini.



Okay, baiklah. Itu je sikit sebanyak aku nak kenangan indah lah bagai.




Sekarang semua orang angkat tangan dan berdoa:


"Ya Allah, jika disana adalah tempat yang baik untuk Farhana Sakinah, maka kau panjangkanlah langkahnya untuk ke sana. Maka sekiranya tidak, kau lenyapkan lah rasa yang ada. Sesungguhnya Engkaulah maha mengetahui kuat dan lemahnya setiap sesuatu yang Engkau ciptakan. Amiiiin ya Rabb"



















salam akhir dari kami ~fahana & MoMo~

Rolling On The Floor Laughing Out Lout

***adalah lagi best korang tinggal komen bawah ni hah....Pesanan ikhlas,, fahana dan MoMo~~ LOL

* kalau best,,klik sini untuk like saya!!!!