Thursday, January 13

Permulaan Tahun Baru

Assalamualaikum wbt……

Aku tengah selesema. 



Okay, lama jugak tak update ini blog. Tak tahu apa cerita nak kasi lagi. Aku tak suka sangat menaip sikit- sikit. Dia kalau nak cerita biar dua tahun punya cerita. Baru rasa seronok la jugak nak menaip. Lagipun aku rasa macam semua benda dah cerita. Sebab biasanya awal- awal semester ni bende semua smooth je. Kau tunggu la nak akhir- akhir semester nanti. Macam- macam benda jadi,,,, habis hura hara CG1 ni. Orait, aku tengok Syafiqa dah jarang update blog. Nadi pun kadang- kadang. So, aku pun nak la jugak jarang- jarang update blog. Konon nak bagi kau orang semua rasa rindu dengan aku. Membajetkan diri adalah seperti Zack Zukhairi atau Hanis Zalikha. Padahal…… rasa - rasanya aku sendiri rindu dengan blog sendiri.
Jadi, aku malas nak tanya kau orang rindu aku ke tak setelah aku sedar aku bukan blogger fofular…
Oh,,, dan sejak akhir- akhir ni tetibe dapat semangat rajin nak berjogging tetiap petang kat stadium tu. Tetibe je kan. Ke sebab ada budak laki- laki yang hensem main futsal??? Tak… tak ada kene mengena itu semua. Dia hensem dia punya pasal la kan. Apa kaitan dengan aku pulak. Lain la kalau Zahiril Adzim yang main futsal. Nak la jugak terkinja- kinja kat stadium tu. Trek 400 metre,, yang lari cuma 100 metre.. selebihnya betulkan tudung, tepek- tepek bedak. Ingat kalau ada Zahiril Adzim kat sini, boleh muntah- muntah tengok ke’gediks’an aku. Kalau aku jadi lelaki,,, (KALAU!!!!!!!!!!!!!) aku jauh lebih minat dengan perempuan yang aktif but in the same time masih penuh ciri kesopanan. Tak payah kau bayangkan benda yang merepek macam sambil main hoki, sambil lari kaki kepit- kepit.
Hakikatnya, aku bukan lelaki dan aku perempuan. Sekalipun aku perempuan, aku bukan seaktif dan sopan seperti yang diinginkan. Jadi, tadi tu cuma benda merepek yang singgah dalam kepala aku.
Ye,, jogging. Tetibe rajin. Kalau tak, sebelum ni memang macam tenggiling hidup!!!! Tahu melingkar atas katil je balut diri dengan selimut. Oish,, tapi sekarang ni dapat balut badan dengan selimut sangat heaven okay!!! Sejuk ya amat. Nasib la dalam bilik ni tidur bertiga. Kalau aku sorang je memang kipas tu off sampai siang. Sejuk dia, mak aih!!! Tak payah nak suka sangat ye sejuk- sejuk…… bajet macam kat Eropah la main baling- baling salji. Oh,, adakah mungkin sebab aku rajin berjogging tetiba menyebabkan keadaan metabolism dalam tubuh terkejut lalu macam nak demam ngada- ngada???
Okay,,, dia sebenarnya bukan tetibe dapat semangat nak berjogging ni. Semua terima kasih pada housemate yang turun 5 kilo. 5 kilo okay!!! Kau ingat apa??? 5 kilo tu macam senang je kan. Tapi pada aku 5 kilo tu memang hawau tahu!!! Susah betul. Lagipun kakak model asik cakap dia tengah nak kurus sekarang ni. So, fahana ibarat terpukul dengan kayu besbol… apa kah punca utama ni semua???? Semua dah kurus haaaa… jadi fahana bila lagi??? persoalan biar jadi persoalan. Lagipun aku tak la rasa nak kurus lagi buat masa ni. Mungkin setelah ada “sesiapa” seperti housemate dan kakak model baru la rasa nak turun sikit berat. Mungkin ye,,, mungkin……
Baru- baru ni juga aku agak excited tahap beruang menunjukkan mata bling- bling tatkala nampak madu atas pokok……hobi kumpul tudung. Waaaa,,, excited sungguh kalau nampak tudung yang biasa aku pakai tu. Harga kalau di kebanyakan tempat memang mahal gila vavavom la woi. Lagi kalau kau nak yang bidang besar- besar. Harga memang harga nangis. Bawah RM 25 memang susah nak dapat. yea,, pada aku RM 25 itu agak mahal okay. Saya bukan anak Menteri Besar Johor. Dan tapi mungkin kalau beli 7, 8 helai dapat la murah kan. Tapi memang dia macam KEJADAH APA AKU NAK BELI SAMPAI 7, 8 HELAI???? Hehe,,, cuba kau bayangkan kau lalu kat kedai lepas tu member kau cakap “ eh, fahana tudung kau la. TUDUNG KAU tu…!!!”…… tak macam kembang lubang hidung la kan bila kau tak ada kaitan dengan hasil tudung tu, tapi tak pasal- pasal dia jadi TUDUNG KAU…dah- dah. Tak payah terkinja- kinja sangat.
Masa sekolah dulu memang pakai tudung sekolah yang colour putih tu dan start form 4 guna tudung warna peach. Eh,, eh bukan tetibe baju abang aku melunturkan warna tanpa diundang ye. Dia memang warna tu lain. Kau pergi kedai lepas tu cakap, kak saya nak warna peach ni. Dia ada sebab kenapa tetibe pakai tudung colour lain. Memandangkan member rapat masa form 3, semua masuk asrama aku pun secara sengaja menjoinkan diri dengan Safiqa dan Sayidah dengan harapan akan jadi sebijak mereka berdua. Lagipun, mana ada aku rapat sangat ngan Safiqa dan Sayidah tu sebelum ni. Rapat- rapat macam tu je. Mereka kan manusia bijak. Jadi aku agak segan nak borak. Yes!!!! Sebab lain adalah kerana mereka adalah pengawas sekolah yang berdedikasi dan cemerlang. Tak pasal- pasal aku pun menjoinkan diri jadi pengawas. Tapi belum cukup dedikasi macam dia orang berdua tu. Okay, masa time- time sekolah aku belum tahu mana tudung yang aku suka. Dia macam kau pakai sarung je apa jenis tudung depan mata kau.
Start masuk kolej la baru macam eish, tudung ni keras la, lembik sangat la, kain senang pecah la, dan bla bla bla. Punya la banyak songeh kan. Macam rasa diri ni artis popular konon. Start masuk kolej la baru aku guna tudung yang macam tu. Yang sama je fesyen dia. Yang berjalur, jalur dan jalur lagi. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan… *tetibe… dan aku kurang suka tudung yang bercorak- corak bunga bagai. Rasa macam Ya Allah,, mintak ampun la. Apa kebenda yang melekat- lekat kat tudung aku ni. Aku baru keluar dari hutan ke apa ntah tetibe banyak bunga kat tudung ni hah??????
Aku pernah letak status kat facebook pasal aku adalah seorang pendiam dan pemalu. Dan aku ingat nak jelaskan kenapa aku adalah pemalu walaupun abang aku tanya pemalu dan pendiam tu merujuk kepada dunia sebenar atau dunia maya. Tapi memandangkan abang aku dah buat dulu pasal Aku Seorang Hensem, maka aku pun lupakan je la nak buat pasal pemalu dan pendiam tu.
Cuma aku ingat sorang akak kat tempat aku kerja dulu pernah cakap macam ni yang aku sendiri pun konfius,, apa kebenda dia nak sampaikan sebenarnya???
Farhana ambik course apa kat kolej?
Saya ambik Diploma Kaunseling, kak.
Oh,, habis pendiam, pemalu macam ni boleh buat kaunseling ke???
Aaa… boleh je. Yang banyak cakap bukan kaunselor. Tapi klien.
Situasi lain…
Abang yang tadi tu keje bahagian mana kak??
Dia kat maintenance… kenapa???
Tadi saya lalu, dia borak dengan saya kejap.. tibe- tibe je…
Kenapa tak tanya dia je???
Aaa.. saya pendiam dan pemalu kak…
Bila masa pula kau ni pendiam hah???
Dah tadi cakap aku pendiam, pemalu. So, aku ambil balik ayat dia untuk aku jadikan alasan. Tapi bila aku cakap diri sendiri pendiam, pemalu boleh tanya balik. Di manakah logiknya????