Wednesday, September 28

Selamat Pagi Murid


Assalamualaikum………
Lama tak nampak kau orang semua……pekabau????maaai Melaka katanya.
Aku tak tahu la kabar kau orang semua. Tapi kalau aku,, sihat je. Macam makin menjadi sihatnya ni ha. Aku kerja dah sekarang. Tak la gah mana, kerja opis bagai. Biasa saja. Teacher tadika. ZZZZzzzz~~
ZzzZZzzzzzz~~ inilah wajah terbaru aku. Masih bangga dengan bekas MJ kat muka.

Ntah apa- apa~





Baiklah. Keputusan rayuan ke UPU pun dah keluar. Check pun sudah. Kecewa pun sudah. Terima kasih sekiranya anda tidak bertanya apakah keputusannya.
Oh, aku mengajar budak tadika. Bila cerita kat girlfriend- girlfriend aku, ramai la dok nasihat
Mariah Carey: ngajar budak kena sabar
Rihanna: jangan marah bebudak tu. Kesian dorang.
Avril Lavigne: sabar tau. Budak- budak jangan marah sangat.
ATIRAH KHALIL: mesti kesian budak tu kan asik kena marah dengan kau.
ATIQAH ABDULLAH: sabar. Nanti kau ada anak juga………
Part yang dua akhir ni memang tak membina. Cheit!!!!
Kerja ngajar bebudak ni kadang- kadang buatkan aku rasa nak titik je tangan anak orang. Tapi dorang jujur. Kalau tak tahu, menjerit- jerit cakap tak faham. Nak pergi toilet bahasa jujur betul ‘cikgu, izinkan saya pergi ke tandas’. Ni kalau dah masuk sekolah rendah nanti, wujud lagi ke tak sopan santunnya. Lepas tu kalau dah dorang cakap kau tu cantik, tak payah la nak gigit- gigit kuku hentak kepala kat dinding malu- malu cakap ‘eish,, tipu la. Saje la tu nak bodek’. Budak nak membodek????? Eja bodek pun kemana- mana bunyinya nanti.
Cukup seminggu kerja, aku dah rasa perubahan besar. Suara dah makin mantap disebabkan oleh hari- hari melakukan latihan vocal dengan bebudak. Bukan ma mo me mi me mu yang cikgu AF dok ajar bebudak AF tu. Ni latihan yang kalau kau jenis kurang sabar je ngan manusia bernama budak. Mahu nya tak. Kadang- kadang memekik suruh makan cepat nak sambung belajar lagi. Termenung macam ada masalah kewangan. Pantang suruh buat bunyi binatang, tak suruh berdiri pun nak berdiri.
Nanti tak lama dalam kelas,,dengar la lagu tema BoboiBoy. BoboiBoy kuasa tiga, keris petir, kuasa angin, pedang halilintar dan ntah apa ntah lagi……pening aku. Nasib lagi la yang nyanyi tu bebudak 5 tahun. Kalau budak kelas aku yang dah 6 tahun nyanyi jugak, aku suruh dia ………aaaaa nak suruh buat apa pulak??? Nanti la fikir. Nampak macam baik je budak kelas aku tu.
Hari tu ada sekali, budak ni bawak bekal nuggets. Kau boleh faham tak nuggets???? NUGGETS!!!!!!!!! Dapat pulak memang lapar tahap nak makan meja. Maka, beberapa dialog mengong pun berlaku………
Teacher cantik: tengok tu Aqasha bawak bekal tak bagi cikgu sikit………
Budak nakal: mana boleh ni mak kita bagi……
Teacher cantik: okay, terima kasih Aqasha. Tak nak kawan Aqasha.
Budak nakal: cikgu macam budak- budak
Teacher cantik: kroih kroih kroih
Dalam tempoh dua minggu aku mengajar,,aku telah berjaya membuat ntah berapa ramai
Budak nangis kerja tak siap……… :8) (hidung kembang tanda bangga)
Dan budak duduk bawah meja merajuk tak dapat jawab soalan kena berdiri……… :8) (masih lagi bangga)
Juga budak turun balik lambat tak siap congak ……… :8) (tak habis lagi nak bangga)
Dan errrrr………conteng buku budak……… T.T (tak bangga sebab dah conteng kena padam balik)
Satu perangai aku,, aku tak reti maai ewah- ewah amboi maai nak menulis cantik- cantik. Jadi kadang- kadang menulis kat white board kelas tu, aku pakai hentam je conteng. Tulisan pun pakai tulisan doctor baru mula nak tulis dalam report rawatan pesakit. Perh,,,bajet macam tengah ngajar budak SPM buat revision. Nanti mula la bebudak complaint tak faham. Lepas tu baru nak “fahana, fahana……ni budak tadika. Yang mental nak mengajar macam budak sekolah menengah peta- peta minda bagai dah kenapa kau??????”
Hahah…okay. Terima kasih. Jumpa lagi nanti!!!!

**agak- agak kau orang suara nak serak- serak manja macam aku (sekarang ni) silalah mengajar budak tadika. Kekadang aku dah terperasan macam Ella lah pulak**


Monday, August 8

Basi Punya Kisah




Assalamualaikum wbt………
Hallo kau orang semua……
Tajuk tu saja je nak bagi sarkastik. Menunjukkan punya malas nak on9 update blog berhabuk. Cicak pun dah buat keturunan. Ada la dalam tujuh lapan anak mereka. Ni aku nak bagi nama kat anak- anak diorang. Anak sulung mereka betina. Hai, nampaknya cepat la Encik dan Puan Cicak dapat menantu.
Ouh,,,,,teringin ke pantai lagi
“Kau Merepek Apa Fahana????? Gamba Konvo Dah Bulan Lepas Baru Nak Post……Orang Lain Semua Dua Tiga Jam Lepas Konvo Dah Siap Buat Profile Picture Kat Pesbuk”…… zzzzzzzzzz~~
Betul tu!!!!!!!!! Selang dua tiga jam lepas habis konvo, macam- macam gambar konvo dah di upload memasing. Ucapan tahniah sana sini. Aku pula, baru hari ni nak cerita. Patutlah tajuk pun tak senonoh. Orang lain punya gambar konvo dah siap gantung kat dinding rumah, aku baru berapa hari lepas terhegeh- hegeh cari kabel nak transfer gambar ke laptop. Nampak benau pemalasnya. Kononnya berpegang pada konsep lain la. Macam buah durian. Tengah musim, harga murah. Sebakul boleh dapat RM10 (macam tak logik pulak???????). Kalau dah tak musim, harga mahal.
Ini majlis makan malam meraikan bakal graduan. Rasanya, inilah baju aku yang paling cantik. Haha. Padahal malas nak bawak baju banyak2……… buat berat beg aku je. Mana yang ringan, tu la yang aku ambik. Sedang orang lain semua baju nak cantik- cantik, berkilat sampai buta mata orang yang tengok. Macam- macam fesyen baju aku boleh nampak. Maklumlah, Mawi yang datang. Kehkeh. Lainlah kalau Zahiril Adzim, baru la aku nak tergedik jugak. Letak bunga besar atas kepala. Biar senang nampak. Dan mereka ini adalah member makan tidur aku kat kolej. Cuma ilang sorang member lagi. Wanie. Ntah kemana dia masa tu.
Ini muka- muka yang baru berapa bulan aku tak jumpa. Ada yang dah macam guru besar sekolah, guru penolong kanan, pegawai kastam, cikgu kaunseling sekolah, menteri kewangan, pakar psikologi. Perh……muka semua profesional tu. Kecuali aku la…muka budak banyak makan.
Baiklah,,,,, mari sini tengok beberapa das gambar hari konvokesyen aku hari tu. Cuma terkilan jugak la tak dapat nak ‘hallo kawan2,,, mari bergambar ramai- ramai sambil kembangkan hidung (buat pose gaya tyra banks)’. Memandangkan hari tu jugak kami sekeluarga nak balik Pasir Gudang makan Oblong dan Durian Goreng plus tengok bola Malaysia kalah lawan Singapura, aku kena cepat- cepat uruskan semua hapabenda tu. Berlari sana sini cari kaunter pulang jubah, kiri kanan pun aku tak sudi pandang. Ewah,,, focus kononnya.








Awal- awal pagi dah kena gerak pergi Seri Negeri. Muka tu amboi,,,, punyalah bahagia. Beriya- iya betul nak pergi naik pentas. Punya gelabah sampai nak muntah pagi- pagi dalam kereta. Merepek apa????
Puan Emak, Encik Abang, Miss Universe And Never Be Anyone Else Pretty Than Fahana………
“woi fahana,,, simpan- simpan la sikit muka jakun tu woi!!!!!!!!!!!!!”
Dulu, aku nampak abang aku je yang pakai jubah konvo dia. Sempat la pinjam nak bergamba. Itu dulu……suatu ketika dulu. Cita- cita seorang budak mentah.









Maka, sekarang!!!!!!!!!!!!!!!!!! Cuma bezanya, gambar dengan jubah abang siap ada sebiji topi.
T-T
Yes, itulah dia. Seorang abang menunjukkan rasa bangga terhadap adiknya dengan membuat seketul tanduk.
Nasib baik adik aku ni ikut. Boleh jadi camera man. Walaupun gambar kau ambik semua tak cantik…hahahahahah!!!!
Hari Jumaat tuh, berlakunya kekabaran. Ini ayat Fitt masa sekolah menengah dulu. Sebenarnya kebakaran. Kebakaran kat belakang rumah. Aku jadi bomba setelah dibebel baik punya dari mak. Bomba tak bomba sangat la………haha. Bagitahu aku macam mana tak jadi bomba, kalau dah mak aku call bomba boleh berbual pulak tanya itu ini. Nak bagitahu Taman Pasir Putih sampai 7,8 kali. Belum lagi nak bagitahu jalan. Mungkin kena buat video call la macam tu. Ye, Jabatan Bomba dan Penyelamat sila proceed cadangan tu.
Oh,, bila tunjuk gambar kawasan belakang rumah ni, teringat dulu main masak- masak dengan Best Friends Ever, Aisyah. Dulu, pokok mengkudu pun mak ada tanam belakang ni. Berlaku la aksi panjat memanjat pokok. Pokok tak tinggi mana. Sekarang memang tak dapat la.
Sekarang ni sedang beberapa kawan aku sibuk buat assingnment dan ada juga yang dah bekerja, aku masih kat rumah. Kononnya nak berehat sementara tunggu tawaran belajar dapat ke tidak. Kalau dah tak dapat, baru nak terhegeh- hegeh hantar resume sana sini, cari kerja.
Memandangkan dah jelas sangat bahawa aku penganggur buat masa ni, maka banyak lah sangat masa yang aku habiskan tengok tv. Kalau kat kolej, mungkin dah memanjang on laptop ulang tengok cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah. Lepas tu gelak macam kelakar sangat padahal dah boleh hafal part mana yang kelakar dodol. Kalau agak tak puas gelak, forward part Abi Hurairah n Usop Wilcha nyanyi lagu sole sole. Nak lagi best, masa ada meeting tu. Tetibe Pak Jabit umumkan Kelas Fardhu Ain ditunda. Tak pasal- pasal je cerita Hantu Kak Limah.
Sampai sini je post kali ni. Lagipun bebel banyak2, siapa nak baca????????????? @.@





Dan rasanya, macam masih belum lambat lagi kalau aku nak ucap “Selamat Menjalani Ibadah Puasa”. Dan juga adalah baik aku ucap awal-awal untuk ramadhan yang ke 21 dan ramadhan yang seterusnya “Selamat Bertemu Malam Seribu Bulan”. Mudah- mudahan………
**aku tengah free sesangat ketika ini. Mana budak yang suka bagi soalan merepek????????**

Sunday, June 5

Mental Guwa Kuat Lagi


Aku rasa nak cari kain, basahkan, pastu lap blog neh. Gilo lama bertahun tak update. Habuk boleh kumpul, jual. Jadikan meja. Sedangkan habuk kayu boleh di guna semula.
Baiklah semua!!! Assalamualaikum……
Pertama sekali! Saya dah bekerja. Ye, bangga tak bangga sangat la. Kerja sebab nak bayar hutang portable hard drive, bil tepon dan lepas pergi balik Melaka nak ambil result dan settle hal konvo. Bajet nak tido hotel. ***lempang
Yes, saya dah bekerja. Kerja sebab nak kurus kononnya, bagi badan penat, pastu tengok makanan pun macam tengok buku Pengajian Malaysia. Lemah segala otot. Hakikatnya, kerja kat kantin yang HARI- HARI HADAP MAKANAN. Pemilihan kerja yang tak berapa betul fahana,,, tak betul tu…
Tapi bahagia tak lama mana la bila dah hari- hari hidup nampak makanan sedap. Mula- mula memang rasa nak merasa semua makanan. Ini sedap, itu sedap. Keluar masuk dapur ratah ayam goreng. Tapi lama- lama, jadi kusut kepala hutak aku. Kejap kejap Nampak ayam, Nampak pinggan, Nampak nasi…… kalau ada kerang, lagi la macam nak balik, tidur. Bau kerang, memang ‘terima kasih’.
First day aku, maaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaih. Dia punya blur, tak payah bebual hebat la. Semua pandang, macam orang yang tak penah nampak orang yang cantik.
Dah la kena mop lantai segala bagai, maklumlah tulang di bahagian pinggang bagi umur 21 tahun ni masih lembut. Sikit- sikit sakit. Sekali sapu, dua kali betulkan pinggang. Kat rumah pun aku menyapu sambil baring tengok cerita Totally Spies. Lepas tu, mak aku musti ‘menyanyi indah’ kat telinga aku mempersoalkan sampah bawah kerusi yang tak beralih. Biasa lah,,, pro menyapu memang macam tu.
Masuk kerja jam 10. Tapi sampai tak pernah sharp. Paling laju boleh wujud kat tempat tu pun dalam jam 10.10…… tapi tu dulu la. Dulu… masa belum kenal erti ‘datang lambat, potong gaji!!! Baiklah bos, besok saya datang awal, padahal masih tetap datang lambat’. Berdasarkan kepada rasa nak menang anugerah Pekerja Kutip Pinggan Kotor Paling Cemerlang Bulan Ini, aku konsisten dah datang awal. Jam 9.50 dah terpacak. Punya la semangat.
9 daripada 10 pekerja di sana bersetuju, bahawa fahana nampak macam budak baru lepas SPM. Berdasarkan kepada soalan “tak sambung belajar ke dik, SPM hari tu macam mana?????”
Part yang paling aku rasa nak duduk dapur sorok muka kat laci meja hujung dapur sebelah kanan dekat sikit dengan gas waktu sorang abang ni suka senduk ikan pastu buat teka teki kat aku. “dik, ni ikan apa????”. Aku pandang dia, aku senyum. “entah la bang…” tiap kali dia senduk ikan, mesti datang balik kat aku, tanya jenis ikan. Aku boleh konfiden nak jawab kalau ikan yang ditunjuk ialah ikan keli dan ikan selar. Oh, dan ikan ‘jacket’.
Lagi best kalau yang sorang abang ni mintak macam ni, “dik, carikan abang kepak ayam bahagian kiri. Kalau makan kepak ayam bahagian kanan, nanti susuk abang jatuh. Abang dah tak hensem dah!” layan kan aje……
Start jam 3.00 petang, aku dah kena mula duduk dapur. Bukan masak der. Bukan. Agak nak terbakar dapur tu, silakan la suruh guwa memasak. Memang out!!! Start petang je, kena kemas dan cuci pinggan bagai. Maka, memang kat dapur je la aku. Memandangkan pak cik- pak cik dan brader- brader kacak kat situ rata- rata suka sangat bagi muka aku blur macam neh………







Bukan,,, aku tak reti betul orang bagi arahan banyak- banyak. Tengah- tengah membasuh, sapu- sapu lantai tetibe nak order Mee Goreng Mamak la. Nak order, order terus senang la jugak. Ni tanya mee beli hari apa, basuh ke tidak macam la aku yang masak hah. Aku pulak bukan boleh nak borak ke apa benda kat situ. Ambik order terus gi dapur bagi tukang masak, sambung buat kerja.
Tak cukup lagi tu. Kadang- kadang aku kena kerja kat dapur. Then diorang order dari depan. Buat gaya mangkuk, mee, mamak, makan, lapar, cepat. habis blur muka aku.........
Orait. Tak best nak cerita benda- benda tak best. Mari bercerita benda yang best.
Okay,, tak ada benda yang best. Selain daripada hati gembira dapat tengok DiNozzo dan Jethro Gibbs setiap minggu, lain semua biasa je. Oh, sangat la tak sedap suara Gibbs dan DiNozzo dalam Bahasa Melayu. Prefer bahasa Inggeris lagi.
Tersiksa betul nak tunggu result exam keluar weh…… tersiksa ya amat rasanya ……
Ouh tersiksa……






(maka, atas sebab rasa tersiksa tersebut, fahana terpaksa menamatkan penulisan untuk kali ini……)

****mr MJ semakin seronok kat muka,,, maklumlah....... ramai jejaka kacak kat kilang tu... wink wink (nada gedik)

Thursday, January 13

Permulaan Tahun Baru

Assalamualaikum wbt……

Aku tengah selesema. 



Okay, lama jugak tak update ini blog. Tak tahu apa cerita nak kasi lagi. Aku tak suka sangat menaip sikit- sikit. Dia kalau nak cerita biar dua tahun punya cerita. Baru rasa seronok la jugak nak menaip. Lagipun aku rasa macam semua benda dah cerita. Sebab biasanya awal- awal semester ni bende semua smooth je. Kau tunggu la nak akhir- akhir semester nanti. Macam- macam benda jadi,,,, habis hura hara CG1 ni. Orait, aku tengok Syafiqa dah jarang update blog. Nadi pun kadang- kadang. So, aku pun nak la jugak jarang- jarang update blog. Konon nak bagi kau orang semua rasa rindu dengan aku. Membajetkan diri adalah seperti Zack Zukhairi atau Hanis Zalikha. Padahal…… rasa - rasanya aku sendiri rindu dengan blog sendiri.
Jadi, aku malas nak tanya kau orang rindu aku ke tak setelah aku sedar aku bukan blogger fofular…
Oh,,, dan sejak akhir- akhir ni tetibe dapat semangat rajin nak berjogging tetiap petang kat stadium tu. Tetibe je kan. Ke sebab ada budak laki- laki yang hensem main futsal??? Tak… tak ada kene mengena itu semua. Dia hensem dia punya pasal la kan. Apa kaitan dengan aku pulak. Lain la kalau Zahiril Adzim yang main futsal. Nak la jugak terkinja- kinja kat stadium tu. Trek 400 metre,, yang lari cuma 100 metre.. selebihnya betulkan tudung, tepek- tepek bedak. Ingat kalau ada Zahiril Adzim kat sini, boleh muntah- muntah tengok ke’gediks’an aku. Kalau aku jadi lelaki,,, (KALAU!!!!!!!!!!!!!) aku jauh lebih minat dengan perempuan yang aktif but in the same time masih penuh ciri kesopanan. Tak payah kau bayangkan benda yang merepek macam sambil main hoki, sambil lari kaki kepit- kepit.
Hakikatnya, aku bukan lelaki dan aku perempuan. Sekalipun aku perempuan, aku bukan seaktif dan sopan seperti yang diinginkan. Jadi, tadi tu cuma benda merepek yang singgah dalam kepala aku.
Ye,, jogging. Tetibe rajin. Kalau tak, sebelum ni memang macam tenggiling hidup!!!! Tahu melingkar atas katil je balut diri dengan selimut. Oish,, tapi sekarang ni dapat balut badan dengan selimut sangat heaven okay!!! Sejuk ya amat. Nasib la dalam bilik ni tidur bertiga. Kalau aku sorang je memang kipas tu off sampai siang. Sejuk dia, mak aih!!! Tak payah nak suka sangat ye sejuk- sejuk…… bajet macam kat Eropah la main baling- baling salji. Oh,, adakah mungkin sebab aku rajin berjogging tetiba menyebabkan keadaan metabolism dalam tubuh terkejut lalu macam nak demam ngada- ngada???
Okay,,, dia sebenarnya bukan tetibe dapat semangat nak berjogging ni. Semua terima kasih pada housemate yang turun 5 kilo. 5 kilo okay!!! Kau ingat apa??? 5 kilo tu macam senang je kan. Tapi pada aku 5 kilo tu memang hawau tahu!!! Susah betul. Lagipun kakak model asik cakap dia tengah nak kurus sekarang ni. So, fahana ibarat terpukul dengan kayu besbol… apa kah punca utama ni semua???? Semua dah kurus haaaa… jadi fahana bila lagi??? persoalan biar jadi persoalan. Lagipun aku tak la rasa nak kurus lagi buat masa ni. Mungkin setelah ada “sesiapa” seperti housemate dan kakak model baru la rasa nak turun sikit berat. Mungkin ye,,, mungkin……
Baru- baru ni juga aku agak excited tahap beruang menunjukkan mata bling- bling tatkala nampak madu atas pokok……hobi kumpul tudung. Waaaa,,, excited sungguh kalau nampak tudung yang biasa aku pakai tu. Harga kalau di kebanyakan tempat memang mahal gila vavavom la woi. Lagi kalau kau nak yang bidang besar- besar. Harga memang harga nangis. Bawah RM 25 memang susah nak dapat. yea,, pada aku RM 25 itu agak mahal okay. Saya bukan anak Menteri Besar Johor. Dan tapi mungkin kalau beli 7, 8 helai dapat la murah kan. Tapi memang dia macam KEJADAH APA AKU NAK BELI SAMPAI 7, 8 HELAI???? Hehe,,, cuba kau bayangkan kau lalu kat kedai lepas tu member kau cakap “ eh, fahana tudung kau la. TUDUNG KAU tu…!!!”…… tak macam kembang lubang hidung la kan bila kau tak ada kaitan dengan hasil tudung tu, tapi tak pasal- pasal dia jadi TUDUNG KAU…dah- dah. Tak payah terkinja- kinja sangat.
Masa sekolah dulu memang pakai tudung sekolah yang colour putih tu dan start form 4 guna tudung warna peach. Eh,, eh bukan tetibe baju abang aku melunturkan warna tanpa diundang ye. Dia memang warna tu lain. Kau pergi kedai lepas tu cakap, kak saya nak warna peach ni. Dia ada sebab kenapa tetibe pakai tudung colour lain. Memandangkan member rapat masa form 3, semua masuk asrama aku pun secara sengaja menjoinkan diri dengan Safiqa dan Sayidah dengan harapan akan jadi sebijak mereka berdua. Lagipun, mana ada aku rapat sangat ngan Safiqa dan Sayidah tu sebelum ni. Rapat- rapat macam tu je. Mereka kan manusia bijak. Jadi aku agak segan nak borak. Yes!!!! Sebab lain adalah kerana mereka adalah pengawas sekolah yang berdedikasi dan cemerlang. Tak pasal- pasal aku pun menjoinkan diri jadi pengawas. Tapi belum cukup dedikasi macam dia orang berdua tu. Okay, masa time- time sekolah aku belum tahu mana tudung yang aku suka. Dia macam kau pakai sarung je apa jenis tudung depan mata kau.
Start masuk kolej la baru macam eish, tudung ni keras la, lembik sangat la, kain senang pecah la, dan bla bla bla. Punya la banyak songeh kan. Macam rasa diri ni artis popular konon. Start masuk kolej la baru aku guna tudung yang macam tu. Yang sama je fesyen dia. Yang berjalur, jalur dan jalur lagi. Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan… *tetibe… dan aku kurang suka tudung yang bercorak- corak bunga bagai. Rasa macam Ya Allah,, mintak ampun la. Apa kebenda yang melekat- lekat kat tudung aku ni. Aku baru keluar dari hutan ke apa ntah tetibe banyak bunga kat tudung ni hah??????
Aku pernah letak status kat facebook pasal aku adalah seorang pendiam dan pemalu. Dan aku ingat nak jelaskan kenapa aku adalah pemalu walaupun abang aku tanya pemalu dan pendiam tu merujuk kepada dunia sebenar atau dunia maya. Tapi memandangkan abang aku dah buat dulu pasal Aku Seorang Hensem, maka aku pun lupakan je la nak buat pasal pemalu dan pendiam tu.
Cuma aku ingat sorang akak kat tempat aku kerja dulu pernah cakap macam ni yang aku sendiri pun konfius,, apa kebenda dia nak sampaikan sebenarnya???
Farhana ambik course apa kat kolej?
Saya ambik Diploma Kaunseling, kak.
Oh,, habis pendiam, pemalu macam ni boleh buat kaunseling ke???
Aaa… boleh je. Yang banyak cakap bukan kaunselor. Tapi klien.
Situasi lain…
Abang yang tadi tu keje bahagian mana kak??
Dia kat maintenance… kenapa???
Tadi saya lalu, dia borak dengan saya kejap.. tibe- tibe je…
Kenapa tak tanya dia je???
Aaa.. saya pendiam dan pemalu kak…
Bila masa pula kau ni pendiam hah???
Dah tadi cakap aku pendiam, pemalu. So, aku ambil balik ayat dia untuk aku jadikan alasan. Tapi bila aku cakap diri sendiri pendiam, pemalu boleh tanya balik. Di manakah logiknya????