Monday, December 13

Curry Puff, Cream Puff dan Pemikiran Hari Ini

Salam,,,

Sihat tak kamu semua??? Aku sihat Alhamdulillah. Semoga kamu semua sentiasa di bawah lindungan Allah swt, InsyaAllah…

Okay, sila mengaku sekarang. Siapa yang tengah rindu aku. Eh, tak kira la tengah rindu ke, tepi rindu, rindu merindui, mahupun rinduuuuu uuu rindu serindu rindunya... namun fahana tak mengerti.... Kalau dalam situasi tu, sila la angkat kening sebelah kanan sahaja. Sila mengaku cepat…… cepat!!!! Tak payah nak malu- malu. Sebab kalau ada yang rindu aku, aku nak belanja karipap inti sardine kononnya padahal bawang je lebih. Eh, tapi okay lagi la,, ada juga bawang. Daripada karipap inti angin??? Bayar seringgit cuma untuk tepung…kejadah apa?? Nak meniaga pun agak- agak la weh!!!!

Bukan pasal peniaga karipap yang aku nak cerita sebenarnya kali ni,,

Oh kejap,, karipap tu dalam bahasa Inggeris Curry Puff kan.. bila ke Bahasa Melayu, jadi karipap. Fine, semua orang faham. Tapi bila aku sebut epok- epok mesti ramai yang tercengang. Boleh tanya semula apa kah benda epok- epok tu… what a???

Baiklah, bukan pasal epok- epok yang aku nak cerita sebenarnya ni,,

Banyak- banyak karipap, karipap mak aku buat juga yang sedap. Tak percaya, pergi tanya abang abang abang aku…Pergi sekarang!!!!! Kalau aku la yang kene kelim karipap, confirm banyak inti ada dalam tu dengan tujuan nak habis cepat sambil mulut kumat kamit persoalkan kenapa cuma aku sorang je yang kene buat sambil mata jelling- jelling tengok adik adik aku berbaring indah tengok tv (keikhlasan di bawah paras sedar)…bila tahap kesabaran memuncak, pelangkung kepala sorang sorang adik aku (sambil terus membebel)…

Bila inti yang aku isi tu banyak, masa nak goreng mesti ada yang terbukak. Sebab aku bukan kelim manual, tapi yang pakai dia punya acuan tu. Bukannya ketat sangat pun kan. Kalau aku la yang secara manual kelim karipap tu weh, kalau aku la kan, memang hodoh bentuk nya. Plus, bukannya jadi separuh bulat, tapi segi tiga. Segi tiga cantik lagi,, kalau tak ada bentuk…??? Hadoo… kalau dah goreng karipap tu terbukak- terbukak, Mak aku pun mula la tanya “berapakah tahap keikhlasan kau masa buat karipap ni sakinah???” baru la nak sedar,,,,,

Bukan pasal tahap keikhlasan yang aku nak cerita sebenarnya kali ni,,

Masa sebelum cuti semester hari tu, aku ngan roommate layan cerita Jepun, hapa ntah tajuk. Dalam cerita tu, watak utama dia suka sangat buat Cream Puff,,, memandangkan masing- masing masa hujung semester hari tu sedang melalui kegawatan ekonomi secara drastik, hanya mampu telan air liur. Lepas tu pakat- pakat konon cuti semester ni roommate nak buat Cream Puff, aku pulak konon- konon nak buat Tart Telur……pantas google, cari bahan- bahan untuk buat Tart Telur…… Boleh tahan la susah kan. Susah sampai aku tak buat, dan ambik keputusan untuk kerja sama ngan Farain.

Errr,, aku nak cerita pasal kerja.. Banyak nak cerita.. tapi sekarang bukan pasal kerja yang aku nak cerita untuk post ini,,

Sebelum kerja,, dan kau bayang la sendiri muka yang selekeh dah habis kerja...

Tapi si roommate masih teruskan kegigihan… lagipun dia tak tahu aku kerja ni. Kalau dia tahu, mesti suruh aku belanja Pizza,,, Tak tahu apa kisah lanjut Cream Puff dia. Yang latest, tiba- tiba kata buat kek. Lantak la kau buat apa pun weh. Tapi sila bawa balik kolej bagi aku rasa barang sepotong dua, apa lah salahnya. Budak Atiqa ni, kau bawak pergi makan kat mana- mana pun memang ada je dia complaint. Kurang ini la, kurang itu la. Macam biasa la,, Mak dia juga yang masak sedap. Hoi, hallo… Mak aku pun masak sedap tahu… Tapi memang betul,,, Mak dia punya kek coklat sedap!!! Puan Rafeah, sila buat lagi… saya dah puji- puji kat belog saya ni pasal kek coklat Puan tu. Hehe…

Bukan pasal Cream Puff yang aku nak cerita sebenarnya kali ni,,

Ini sebenarnya point untuk post aku kali ni. Sebab aku ada sekali tengok cerita ni, hati aku rasa sakit sikit. Okay, mari ke perkara sebenar yang aku nak cerita kan...

Aku sebenarnya lama dah agak kurang senang ngan satu perkara ni. Bila cakap pasal masak, mesti kaitannya dengan bernikah, kahwin. Perempuan la kan biasanya. Tapi aku bukan nak cakap pasal masak memasak ni. Memasak pun satu bende penting dalam hidup. Boleh je makan luar ngan laki kau bila dah nikah nanti, tapi kalau dah selama hidup nak makan mamak masak, agak- agak la.

Tapi pasal nikah, kahwin. Banyak kali dalam dialog kat cerita mana- mana pun kalau perempuan sekolah kurang bijak tak dapat tawaran belajar yang bagus mesti (tak la mesti, tapi selalu) mak dia akan cakap macam ni “nanti mak carikan kau laki. Kahwin je. Senang. Belajar pun tak pandai”

Kadang- kadang mak aku pun ada jugak macam tu, kak, kau kalau malas sangat belajar biar mak cari kan laki. Kahwin je. Senang.

Aku tahu niat mak aku gurau dan pesanan yang agak menusuk tu. Aku pun tak ambik serius sangat mak aku cakap tu. Bukan main susah payah aku berkampung kat Melaka tu nak belajar sampai sebulan sekali je balik. Bukan main susah payah aku nak pujuk mak aku bagi aku lepas belajar kat Melaka tu. Bukan main susah payah aku struggle untuk 3tahun ni. Aku tak belajar main- main la…aku fokus. Cuma kadang- kadang la,, kadang- kadang je kan dia datang angin kus kus malas nak buka buku.

Persoalannya kat sini, bernikah tu adalah jalan penyelesaian??? Memang kalau dengan bernikah tu, masalah semua settle la…???

Ada lagi satu, kadang- kadang kau akan dengar ada dalam kalangan mak cik- mak cik ni akan kata “perempuan ni nak, belajar tinggi- tinggi pun masuk dapur juga” bila dia dapat tahu kau pung pang pung pang susah payah belajar sampai universiti.

Tolong aku,, tolong bagi aku faham konsep ibu bapa yang berfikiran macam ni…betul- betul aku tak boleh terima kalau dengar orang cakap macam ni……

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara itu. Yang baik itu datang dari Allah, salah dan silap adalah dari kelemahan aku sendiri.

You’ve Made Your Bed and You Must Lie On It