Wednesday, June 23

Sesuka Hati



 Dulu konon2 nk jadi polis sebab polis suka siasat2.. tapi kerana kerabunan dan kependekan aku, maka lupakan je hasrat tuh. Kalau cakap pasal komik yg aku suka, first yg paling aku suka The Best’est bukan Conan… ad yg lain. nanti aku cerita Tp apa yg aku tahu dn pasti, aku start suka pasal siasat2 dn siat2(ayam buat letak dlm soto) ni mula dr aku bace buku abang aku. Hadoi, senang cite komik2 ni sume abang aku la start dulu. Terima kasih inche Fawwazzayya. Nama komik 2 Remaja Psikometer. Watak utama, Eiji Asuma. Tapi watak yg aku adore sgt bukan eiji pun, tp Sawaki. Pasal Akira Sawaki ni, dia adlh pakar psikologi. Pandai manipulasi otak org,, maksudny pandang je tahu org tu pikir psl ap, cara jalan, pandangan mata, mmg superb la weh!!! Guwa teringin nk jadi mcm lu la!!!! Tp spoilt sebab dia jahat. Okeh, so,, start dr situ aku dh aim nk jd psikologi pny orang. Tolong bgtahu aku pakar psikologi dlm bahasa inggeris ap, sebab aku cr x jumpa… tp aku tahu aku pny pandai ni x berapa nk menjadik la. So, aku lupakan jek. Tapi masih kearah tu la lebih kurang…ceh, ceh, ceh….

Tp komik nih x berapa nk menjadi la pd aku sebab dia ada kuasa psikometre kn. Antara manusia bertuah la. Jeles ya amat!!!! Dia sentuh je barang tu dh boleh tahu brg tu sape pny. Mcm bayangan akan muncul dlm otak dia. So, aku x ad kuasa tu aku suka la kt Akira Sawaki nih. Logik sikit sebab dia guna akal. Hehe,,, Masa abang aku balik dr U dia, bnyk gila komik dia ada. Sempat la jugak aku curik2 baca. Abang, sila maafkan aku!!!! Dia pny bnyk tu smpi tahap boleh baca sampai muntah2. Dah muntah tu, kau bace lg, kau boleh muntah lg sekali dn begitu la seterusnya…. (Tp jgn muntah dlm blog aku nih. ). pny la bnyk tuh…. Bnyk melampau. Slamdunk pun ad… pasal si Sakuragi Hanamichi, Kaede Rokawa, Miyagi, Mitsui, Akagi… ceh,, masih ingat 5 watak utama walaupun dh lame gilas x bace. Monyet Rambut Merah si Hanamichi tuh.. heh heh heh…

Suddenly, Tibe2 aku terbaca pasal Dan Detective School, DDS. Best gila dol!!!!!!!!!!!!!!!!!! Nah, hamek tanda seru banyak2. Kali ni watak yg aku suka watak baik, Q. simple nama dia kn. Sesimple nama aku,, haha,,,, nk jugak menyelit. Aku bg briefing sikit ea pasal Q ni. Dia ni sekolah bebal, selalu gagal, muka mmg x boleh pakai. Tapi, bila ad bende yg menyebabkn dia kene berfikir terus otak dia terangsang. Cop!!! Rangsang ke ransang,, konfius jap… okeh,, sila betulkan aku. Bukan maksud aku belajar tu x kene berfikir, dia terangsang (masih lg konfius rangsang ke ransang. Ransang mcm sedap jek bunyi..) dgn bende2 yg x ad dlm buku. Mcm kata Grissom “Outside The Box” (betul ke grissom,, Syafiqa tulun aku!!!!). membe rapat si Q ni Ryu Amakusa, Megumi Minami, Kazuma Narusawa, Kintaro Tomiya…

Ryu ni otak very the pandai, dr kulit ke kulit buku dia boleh ingat, pandai segala pandai. Tp x boleh compete ngan Q pny bijak waktu selesaikn masalah. Well,, Ryu mmg keturunan genius. No wonder la… keturunan Takumi Kuzuryu. Korang tahu ke sape Takumi Kuzuryu??? Nk elaborate gak ke??? Haha,, dia manusia genius dlm komik tu. Megu plak ada Daya Ingatan Sejenak. Sekali nampak, x boleh lupa. Ap2 bnd pun,, even dh lama gilas pn dia blh recall semula. Best kalau kawan ngan dia, then duduk sebelah time kuiz. Blh share2 jawapan. Sharing is Caring…… Kazuma, kaya sampai aku rase nk jdkan dia adik angkat,,, boleh bg aku BMW sebijik… info tambahan, rumah anjing dia, Hana sama besar ngan rumah Q.. bahaha,,, rumah anjing boleh sama besar ngan rumah manusia imagine la cane umah sebenar dia. Siap ad lab sendiri. Yg ni aku x jeles sebab aku x pandai kimia. Kazuma nih pencipta software permainan komputer… mslhny dia baru sekola rendah. Tipu betul, dasar komik!!! Ceh,,, pasal Kinta plak dia pny penglihatan 4.0… maksudnya tajam. Jauh2 pn dia boleh nmpk gak ap bnd yg di tulis. Berpegang kuat pd intuisi dia, dan mmg selalu betul pon…. Pandai dlm ilmu pertahankan diri Aliran Toyama,,, kira nenek moyang la kot.. so, kalau sesape nk pakwe yg boleh jamin kehidupan kau di jalanan,,, hamek la Kinta nih. Paling The Best’est komik la aku bace. Tp episod ny dh habis. Ad sekali tuh keluar jugak, Kelbros nk fight semula. Tp x ad lg kot sambunganny. Aku tgk kat Comic Paradise x ad pun… kn, sempat lg promote tempat yg aku selalu usha komik.

Lepas tuh, aku suka ngan komik Penyiasat Remaja Kindaichi. Ni pn karekter lebih kurang mcm Q… sengal, x serius tp bila ad isu2 yg buatkn dia rase curios,, dia akan siasat… nih raseny komik paling masuk akal aku la. Sebab kalau macam Eiji tu, ad kuasa Psikometre ok la fine. Dia ada kuasa, aku x de pun(tetibe menyelit psl diri sendiri). Dia boleh solve bende sebab ad kuasa. Pasal komik DDS plak, ad yg pandai, ad yg boleh ingat smpi bila2, kaya, mata tajam. Pakej tuh…. Tp Q mmg sendirinya bijak pun la sebab walaupun x ad membe2 lain, dia boleh settlekn sendiri problem tuh… tapi tentang Kindaichi ni dia mmg x ad ap2 bantuan berbentuk kuasa super… kira mmg otak geliga la jugak.

Bayangkan ea, ad sekali tu pegawai polis yg selalu backup Kindaichi nih penah tny Kindaichi tentang satu bende. Dia bwt briefing sikit jek. Kindaichi boleh settle cume bape saat jek…. Tolong la, aku kalau bijak mcm tu aku nk tolong polis mcm Kindaichi nih…. Ceh, ceh, ceh… ad rase nk sepak aku x sebab ayat mulia aku tu???? Hehe,, tapi serius la weh,, best la gak.

Okeh2, pasal Conan plak ad bende yg aku kurang satisfied la kadang2. Cara dia solving problem tu buat aku kene selak buku bnyk kali. Kejap ke depan, belakang kang jap ag kene g depan semula. Cis,,, cane ntah bende yg kecik2 pn dia boleh perasan. Sebab tu la atiqah tny kenapa aku x suka yg tv pny…… kalau kt tv dh sah2 aku x boleh nk ulang2 tengok. Lain la ad cd ny… nk beli cd mahal, weh. Yg ad subtitle melayu x bnyk. Yg English pny boleh kadang2, tp lg bnyk kene pause selak kamus jap. Kejadah,,, x feel la kn. Kalau komik kn boleh selak. Kang kalau x tahu Haibara tu sape, boleh refer komik sebelum2 ny. Cite Conan nih panjang, ntah bila dia nk besar sml tolong jgn tny. Aku pn x tahu… kalau kt tv, bila dia alert tntg something, mesti ad bunyik mcm nih “shingggg!!!” sambil nmpk ujung spectacles dia berkilat. Konon mcm dia terfikir sesuatu la… cis,, kalau kt komik aku akn selak balik kt page depan pastu ckp “ shit, kenapa awal2 td aku x nampak. Cilalala bende mcm ni pun dia boleh tahu… penipu…” haha,,, kn sengal kn. Tp aku x puas hati sebab apasal dia pandai segala bende, pasal kimia boleh tahu, fizik, add math… apasal hah??? Kenapa subjek yg nk cabut nyawa aku dia boleh cover. Cis lagi sekali. Tapi kalau Q, kepale dia boleh pening ko cakap sikit jek pun pasal math. Even bahasa inggeris yg kacang pun dia dh lemah apatah lagi nk borak pasal add math. Maka, Ryu je yg bebual ngan Kazuma sebab dua2 tu pandai.

Pastu satu bende yg x bape puas hati tentang Conan sebab cara selesaikan masalah dia nih rumit sgt… hadui…… paling rumit arh. Alat pulak paling canggih la.. yes,,kredit to Professor Agasa……… kalau DDS plak x rumit smpi mcm tu. Susah mmg susah tapi aku boleh ikut dia pny flow of the story. Smooth jek. Satu2 bende tu dia tunjuk. Mcm Conan kn kene lari sana sini cari bukti. Tapi Q sama Kindaichi x. kadang2, bukti tu datang sndr. Bnyk guna otak, akal kene ligat, n same goes to Kindaichi gak la. X guna alat pun blh handle satu situasi tuh…

Paling aku x suka,,, kenapakah semua kene ada keturunan yg bijak2… kecuali Eiji Asuma. Dia sendiri dh ad kuasa super kn… mcm si Conan tu tau la kn ayah dia penulis novel penyiasat, Yusaku Kudo. So, no wonder la si Conan ad instinct sebagai penyiasat kn. Si Q pulak ayah dia adalah lagenda la jugak. Satoru Renjyo yg merupakan pembantu kanan Morihiko Dan, pengasas Dan Detective School. Aku sedih sebab Q kenal Satoru nih, tp x tahu yg itu adlh ayah dia. Sebab??? Identity sebagai penyiasat kene dirahsiakan. Kumpulan Pluto sentiasa ada di mana2… satu kumpulan yg mmg bertujuan menghapuskan kebaikan di dunia,,, ceh3… then, si Kindaichi pulak keturunan Kindaichi, datu dia. Kira lagenda gak la… penyiasat terkenal. Tp kt cite nih x ad spesifik kumpulan yg selalu bwt jahat cuma Kindaichi kene berhadap ngan Juruboneka Neraka sebagai musuh ketat…. Aku paling ingat kata Juruboneka Neraka nih “ Penyiasat dan Penjenayah dipisahkan oleh satu garisan halus” seram x??? kadang2 aku fikir boleh jadi gak…. Tapi ntah lah. From my own perception…


Kalau nk aku cerita, aku lg hebat cerita pasal Q sebab ntah bape kali aku ulang bace. Episod pun dh habis kn,, lain la Conan tuh, ad jek halangan. Ntah bila nk habis pun pelik gak kadang,,, sebab sebanarnya Conan nih akan besar ke x hah???? Cuma episode yg sekarang ni mcm dh makin saspen la sebab ramai yg dh tahu identity sebenar Conan tuh adlh Shinichi Kudo…………huh,, semakin ramai ahli kumpulan gelap cuba menyamar jadi antara orang yg rapat ngan Conan. Yg baru sekarang ni Bourbon la. Tp mmg nmpk baik. Well,, ap yg best ny dlm ahli Kumpulan Gelap tu ad gak mata2 CIA, mcm si Rena Mizunashi@ Keel…… heh!!!!




Hadeh,,, rase bodoh bila marah,,, cis, cis dan cis lagi!!!!!

::Nota diam-diam: betul ke kaunseling ni pilihan tepat untuk aku?? Kadang2 aku tertanya…::