Monday, December 13

Curry Puff, Cream Puff dan Pemikiran Hari Ini

Salam,,,

Sihat tak kamu semua??? Aku sihat Alhamdulillah. Semoga kamu semua sentiasa di bawah lindungan Allah swt, InsyaAllah…

Okay, sila mengaku sekarang. Siapa yang tengah rindu aku. Eh, tak kira la tengah rindu ke, tepi rindu, rindu merindui, mahupun rinduuuuu uuu rindu serindu rindunya... namun fahana tak mengerti.... Kalau dalam situasi tu, sila la angkat kening sebelah kanan sahaja. Sila mengaku cepat…… cepat!!!! Tak payah nak malu- malu. Sebab kalau ada yang rindu aku, aku nak belanja karipap inti sardine kononnya padahal bawang je lebih. Eh, tapi okay lagi la,, ada juga bawang. Daripada karipap inti angin??? Bayar seringgit cuma untuk tepung…kejadah apa?? Nak meniaga pun agak- agak la weh!!!!

Bukan pasal peniaga karipap yang aku nak cerita sebenarnya kali ni,,

Oh kejap,, karipap tu dalam bahasa Inggeris Curry Puff kan.. bila ke Bahasa Melayu, jadi karipap. Fine, semua orang faham. Tapi bila aku sebut epok- epok mesti ramai yang tercengang. Boleh tanya semula apa kah benda epok- epok tu… what a???

Baiklah, bukan pasal epok- epok yang aku nak cerita sebenarnya ni,,

Banyak- banyak karipap, karipap mak aku buat juga yang sedap. Tak percaya, pergi tanya abang abang abang aku…Pergi sekarang!!!!! Kalau aku la yang kene kelim karipap, confirm banyak inti ada dalam tu dengan tujuan nak habis cepat sambil mulut kumat kamit persoalkan kenapa cuma aku sorang je yang kene buat sambil mata jelling- jelling tengok adik adik aku berbaring indah tengok tv (keikhlasan di bawah paras sedar)…bila tahap kesabaran memuncak, pelangkung kepala sorang sorang adik aku (sambil terus membebel)…

Bila inti yang aku isi tu banyak, masa nak goreng mesti ada yang terbukak. Sebab aku bukan kelim manual, tapi yang pakai dia punya acuan tu. Bukannya ketat sangat pun kan. Kalau aku la yang secara manual kelim karipap tu weh, kalau aku la kan, memang hodoh bentuk nya. Plus, bukannya jadi separuh bulat, tapi segi tiga. Segi tiga cantik lagi,, kalau tak ada bentuk…??? Hadoo… kalau dah goreng karipap tu terbukak- terbukak, Mak aku pun mula la tanya “berapakah tahap keikhlasan kau masa buat karipap ni sakinah???” baru la nak sedar,,,,,

Bukan pasal tahap keikhlasan yang aku nak cerita sebenarnya kali ni,,

Masa sebelum cuti semester hari tu, aku ngan roommate layan cerita Jepun, hapa ntah tajuk. Dalam cerita tu, watak utama dia suka sangat buat Cream Puff,,, memandangkan masing- masing masa hujung semester hari tu sedang melalui kegawatan ekonomi secara drastik, hanya mampu telan air liur. Lepas tu pakat- pakat konon cuti semester ni roommate nak buat Cream Puff, aku pulak konon- konon nak buat Tart Telur……pantas google, cari bahan- bahan untuk buat Tart Telur…… Boleh tahan la susah kan. Susah sampai aku tak buat, dan ambik keputusan untuk kerja sama ngan Farain.

Errr,, aku nak cerita pasal kerja.. Banyak nak cerita.. tapi sekarang bukan pasal kerja yang aku nak cerita untuk post ini,,

Sebelum kerja,, dan kau bayang la sendiri muka yang selekeh dah habis kerja...

Tapi si roommate masih teruskan kegigihan… lagipun dia tak tahu aku kerja ni. Kalau dia tahu, mesti suruh aku belanja Pizza,,, Tak tahu apa kisah lanjut Cream Puff dia. Yang latest, tiba- tiba kata buat kek. Lantak la kau buat apa pun weh. Tapi sila bawa balik kolej bagi aku rasa barang sepotong dua, apa lah salahnya. Budak Atiqa ni, kau bawak pergi makan kat mana- mana pun memang ada je dia complaint. Kurang ini la, kurang itu la. Macam biasa la,, Mak dia juga yang masak sedap. Hoi, hallo… Mak aku pun masak sedap tahu… Tapi memang betul,,, Mak dia punya kek coklat sedap!!! Puan Rafeah, sila buat lagi… saya dah puji- puji kat belog saya ni pasal kek coklat Puan tu. Hehe…

Bukan pasal Cream Puff yang aku nak cerita sebenarnya kali ni,,

Ini sebenarnya point untuk post aku kali ni. Sebab aku ada sekali tengok cerita ni, hati aku rasa sakit sikit. Okay, mari ke perkara sebenar yang aku nak cerita kan...

Aku sebenarnya lama dah agak kurang senang ngan satu perkara ni. Bila cakap pasal masak, mesti kaitannya dengan bernikah, kahwin. Perempuan la kan biasanya. Tapi aku bukan nak cakap pasal masak memasak ni. Memasak pun satu bende penting dalam hidup. Boleh je makan luar ngan laki kau bila dah nikah nanti, tapi kalau dah selama hidup nak makan mamak masak, agak- agak la.

Tapi pasal nikah, kahwin. Banyak kali dalam dialog kat cerita mana- mana pun kalau perempuan sekolah kurang bijak tak dapat tawaran belajar yang bagus mesti (tak la mesti, tapi selalu) mak dia akan cakap macam ni “nanti mak carikan kau laki. Kahwin je. Senang. Belajar pun tak pandai”

Kadang- kadang mak aku pun ada jugak macam tu, kak, kau kalau malas sangat belajar biar mak cari kan laki. Kahwin je. Senang.

Aku tahu niat mak aku gurau dan pesanan yang agak menusuk tu. Aku pun tak ambik serius sangat mak aku cakap tu. Bukan main susah payah aku berkampung kat Melaka tu nak belajar sampai sebulan sekali je balik. Bukan main susah payah aku nak pujuk mak aku bagi aku lepas belajar kat Melaka tu. Bukan main susah payah aku struggle untuk 3tahun ni. Aku tak belajar main- main la…aku fokus. Cuma kadang- kadang la,, kadang- kadang je kan dia datang angin kus kus malas nak buka buku.

Persoalannya kat sini, bernikah tu adalah jalan penyelesaian??? Memang kalau dengan bernikah tu, masalah semua settle la…???

Ada lagi satu, kadang- kadang kau akan dengar ada dalam kalangan mak cik- mak cik ni akan kata “perempuan ni nak, belajar tinggi- tinggi pun masuk dapur juga” bila dia dapat tahu kau pung pang pung pang susah payah belajar sampai universiti.

Tolong aku,, tolong bagi aku faham konsep ibu bapa yang berfikiran macam ni…betul- betul aku tak boleh terima kalau dengar orang cakap macam ni……

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui setiap sesuatu perkara itu. Yang baik itu datang dari Allah, salah dan silap adalah dari kelemahan aku sendiri.

You’ve Made Your Bed and You Must Lie On It


Wednesday, November 17

Muafakat Membawa Berkat

Selamat Hari Raya Qurban kepada semua pengunjung belog picisan aku neh,,, hehe. Pagi raya tadi aku berpeluang lagi macam tahun lepas untuk sama- sama tengok sesi penyembelihan lembu. Okay,,, sengal jek aku sebab keluar rumah lambat. Sebab tu la dah tak sempat nak tengok abah yg sembelihkan. Sampai2 je serta merta aku cari abah,, tapi tak jumpa. Abah dh gerak gi tempat lain.

Okay,, aku tak banyak nak cerita. Sendiri tengok gamba, sendiri kasi faham la ye kawan….

kepada pak cik ini,, thanks ye sudi tengok camera murah saya...

kamu semua,,, teka cepat ini pak cik tengah buat ap??? Cukup best ke korang nk buat mcm beliau?? korek2 isi perut lembu ini,,,

Lembu kelihatan tenang,,, Redha a'lallah,,, yg hidup pasti menemui mati..

Ada abang aku!!!! Best tak abang aku?? Dulu lagi ngan darah2,,, ni macam dh master, bersih je.


aku selalu bayang abah kat atas tu baca khutbah,,, adeh, tak pernah nampak...

ouh,,, cantik.. Pandai fahana edit (hidung kembang)

pinjam rumah orang lain kejap....

sangat rindu zaman2 main pasir kene marah ngan mak balik rumah berus kaki nangis2 mintak ampun utk hari ni je pasal besok konfem akan main pasir lagi... Rindu~

Friday, September 10

Suasana Hari Raya...

(sambil ad background lagu Saloma- Selamat Hari Raya....)

Salam,,, mood nk beraya seyh!!!! tak agak2 dh nih,,,,

tak bnyk sgt bende yg aku buat time raya kali ni melainkan dari buat kuih, buat kuih dan buat kuih... ohhh!!!! saya suka makan kuih raya. SANGAT SUKA TAHU!!!!! perh,, menjadik aku pny rajin. dan dan jugak beli buku resipi harga RM 12.... Tetibe jek kn.. Raya pny pasal..... Konon2 la nk buat... tapi dlm kepala hutak aku ni cuma aim biskut raya yg bertemakan coklat sahaja!!!!! unfortunately, failed!!! Bengong,,, keras nk mati. Baling kt lantai terus jadi lubang bola golf. Tetibe boleh main golf... Okeh,, cukup ngan merepek.,,,,,,


hish,,, sorry terflash. tak nampak le sgt. tak pe,, nnti korang teringin la plak,,


inih,,, kuih chukulat saya...abang Daus cakap tak sedap. heh,, aku nmpk kau makan kuih aku buat ni, siap la!!!!

kecik ati tau kene gelak ngan abang3 aku.... Ciss,, tak sedap tak payah la makan kn... Sampai ari ni pun buat lg jugak, celik je bijik mata mak aku dh suro buat.. by the way, mak aku uli. aku cuma kasi bentuk je.. maklumlah tangan kreatif serba serbi kn... lalala~~

okeh,,, malam semalam ad sesi anyam menganyam ketupat ketapit... Masa aku nk anyam tu sebelum tu aku g ikut mak aku beli daun kelapa tuh... planning tak ad pun nk beli kasut. Tetibe aku aimed satu kasut tu,, perh!!! dasar insang ikan betul. cantik siyot!!!! usha harga RM49.90.. Okeh,, rasa nk lempang muka sendiri jap. Bapak mahal lah!!!!! aku pny duit cuma ad RM 15 je,,, Abg aku bg duit aku tolak.. tak payah la. nnti aku ad duit aku beli la sendiri. Stresses gilos!!!


balik tu aku hempas badan aku atas katil. Lama aku tengok siling tu. Nk luku je siling tu, terasa bodoh plak. Dengar bising2 kt bawah,,, err rumah aku 2 tingkat. aku kt atas, dlm bilik. aku turun ler,, konon2 mcm penting la aku kene turun gak bawah. adeh,,,

okeh,,, mereka sedang anyam ketupat.... aku mula2 tengok2 je dulu. Nak kasi refresh dulu otak.... Kang terkial- kial plak. kan.....

okeh,,, aku ambik daun tu. aku belai2 dulu sambil bagi nasihat tak payah la nk gedik2 tak jadik...

okeh,,, memula aku buat ketupat sate. Biasa!!!! Mak aku tak suka sgt ketupat mcm tu. rugi katanya....

baik lah( aku perasan semua ayat depan okeh,,,) tetibe sarung ketupat yg kedua aku dapat buat jadi pelik. Aku pakai redah je masuk sana sini tu... bende buat setahun sekali. Mana la aku nk igt sgt kan,,,,, masa aku buat pun dh agak dh macam ad yg tek kene jek ngan bende ni. Macam hampeh pun ad jugak...

Tapi ngan penuh konfiden aku still teruskan gak. Perjuangan sampai akhir kononnya kan...

konfiden kene penting.. aku awal2 dh sound mak aku cakap aku dh pandai buat ketupat bawang.. Dengan penuh bangga nk la aku tunjuk kt mak aku,,,

Tetibe je kn...



boleh nampak tak ap bnde yg aku cuba nk sampaikan??? ketupat tu terbalik don!!!

yg ekor ke atas,, kepala kt bawah. Biadap betul.. yg normal pny mcm ni,,,


boleh nmpk tak tu??? beza melampau. Abang aku bantai gelakkn aku. ceh,, aku pun tak tahu apahal ntah jd mcm 2 agkny.

tapi aku tak kecewa pun. Maybe ingatan lemah sangat agkny. kepala dh asik fikir kuih tat je!!!! waaa!!! AKU SUKA KUIH TAT....

aku tengok je la abang aku buat. dua tiga kali tengok, dapat la tangkap. pastu guwa dh power dh ni!!!! Sila tabik ngan aku,,,,


ni antara hasil aku la... hebat kan,, kan,, kan,, okay. tak!


okay,, kepada member2 aku yg ambik Paper Project sem depan make sure kita semua jgn miss anta proposal tu.. tak ingat due date bila tapi for sure tak lama dr naik cuti. Kalau nk merasa grad jom sama2 kita siapkn awal2,

Dan lg satu, aku akn berhadap ngan 2 paper mid term naik cuti ni. Tak pernah pulak sebelum ni aku study mid term macam study time nk final. Nota dan dan tu jugak aku rajin nk buat.....

Celik jek biji mata ni terus selak nota.

"gila, baru semalam hafal. bangun tido je dh lupa!!!"

selak balik buku tu. Hafal la lagi sekali kn......

Yang paling aku macam nk hantuk kepala kt lantai bila bangun tengok si roomate dh dok lua telaah buku dia tu. Okay, fine! kau bangun tdo awal. Aku bangun lambat gila.....


Dan jugak kesempatan ni aku nk ucapkan,,,,

Salam Aidilfitri Untuk Kau Orang Semua... mana2 ayat dlm entry aku yg buat korang rasa nk cekik2 jek aku harap kau maafkan je la. Aku pun malas sebenanya nk ingat bende2 yg menyakitkan ati... Kata nk raya ni kene bermaafan kan.... so, kau maafkan aku. Then, aku maafkan kau. SETTLE??!!! confirm,,,



Tuesday, July 27

Kenangan Terindah


Aku just upload la eh sikit2 gamba sepanjang aku kt ipoh utk Silat. Tak banyak yg aku nk cerita. Tak ada mood sgt nk bercerita. Aku buat briefing sikit la sepanjang kt sana. Yg pasti, aku balik sini jek, zas!!! Tidur selama 6 jam,,, topup hari tu tido tak nyenyak. Sakit urat aku tido dgn air cond pembunuh tuh… kejap2 bangun g toilet buang cecair di hidung, buang hajat kecil. Susah hidup ku,, terasa sungguh penderitaan ny… ewaaahh... Celik mata jek pagi kene gerak g dewan. Kalau la yg siap tak lambat, cepat la sampai dewan. Masalahny lambat sgt, atas bas pn sempat aku tdo lg… what a heaven…… salahkan mereka yg lambat….


Atas bas pun sejuk mcm cis!!!! (tidak di benarkan mencarut!!!) dh sweater plus t-shirt dua helai aku sarung pun masih sejuk. Kejap2 bersin. Tapi tu mmg penyakit aku waktu pagi agaknya. Dh tengah hari, okay la jugak. Dh panas sikit badan tuh. Maka, siapa kata lemak yg terkumpul dalam tubuh utk orang seperti aku tuh menyebabkan badan sentiasa panas… tidak…. Aku tetap sejuk kan……. Ha ha ha… fakta atau auta??
Dalam bilik tidur sejuk, atas bas sejuk, dalam dewan lagi la sejuk. Kan….. air-cond adalah senjata pembunuh urat2 aku… ceh,,,, habis kering kulit aku. Dengan berbekalkan minyak zaitun, akhirnya kulit ku masih seperti biasa. Mungkin tak secantik erra fazira…. Tapi masih semanis taylor swift…. Sila percaya!!!
Makan tak la berapa aku heran sgt… yek,, aku mmg tak la makan banyak rasanya. Tak makan pun masih okeh lagi. mmg macam tuh. Tapi kenapa badan masih begini??? Sila usulkan pendapat anda…. ? **tetibe


Tapi makan mmg sedap, cuma serve kurang menjadik. Beratur panjang, sekali dh nk sampai nasik habis. Kene la pegi khemah lain. beratur la lagi. rasa nk cis je kan????? Sepanjang match tuh,,, lagi2 waktu aku atas gelanggang wajib utk aku rasa gugup. Perh,,, suara mmg tak keluar. Mintak maaf la sesape suruh aku keluarkn suara mmg tak berapa nk menjadik. Jerit tak ada masalah, tapi cakap kuat mmg masalah besar. Masa presentation pun mcm ni gak. Sebab tuh kalau ramai2 aku diam jek. Tak cakap banyak sebab suara aku tak mampu mendiamkan orang. Ad getar kt hujung. Kalau borak berdua,, sampai dua kali isyak pun boleh… emh, dari sekolah menengah lagi sampai sem 5 ni pun, aku rasa tetap mcm tuh. Bukan takut, just tak mampu kn….. sila sama- sama dgn aku fikir tentang presentation paper project semester akhir nnti nih….. cane nk present tanpa getaran suara yg hebat!!!!!
Pengurus yg m’handle aku sama yg lain sepanjang kt ipoh tu adlh Cikgu nani, ngan Cikgu nizam. Hoho,,, dua2 bombastic. Best la, kepala sama- sama boleh in…… ashaari jugak yg dh ajar aku sepanjang aku ad latihan… suka2 hati cakap aku ni nmpk je lembut, tapi sebenarny lasak,,, cis!!!


Then,,, pasal adik2 nih… ye,,,mereka adik2. Tingkatan 5 ngan 4 ad sorang. Walaupun mula2 ad la salah faham, rasa nk hentak, kutuk mengutuk, bajet bagus sesama sendiri lama2 dh boleh jadi member. Lama2 berlaku la aksi ngurat mengurat… terjatuh hati lah segala…. Hehe, maybe!!!!!! Ceh,, nk gaduh pe bende kalau dh hari2 kene hadap muka yg sama. Kan????????????????









Thousands of roses th full of thanks will goes to Cikgu Nani, Cikgu Nizam yg banyak jaga aku n budak2 lain nih sepanjang kat sana. Jugak kt Ashaari, Mak Yam, Cikgu Ismail sebab dah ajar aku silat selama nih.
Ye,,, tak lupa juga kepada Sakinah my partner yg kecik jek dia if duduk sebelah aku, Kak Piah yg rajin layan aku n selalu gelak kalau aku bersin, Kak Min yg caring dan bagi doa segala bende nk kasi hilang gugup.
Kt student SMA Sultan Muhammad si Azzam budak low profile habis,,, masih tetap comel mcm masa jumpa kt kem tahun lepas masih ingat kah?????, Yasir budak bnyk cakap tapi muka mmg habis garang dalam gelanggang, sila respect!!!! Mizi budak tak tentu arah tapi rajin tegur aku, Fakha budak paling muda, tapi paling tinggi,,, masih babyface hahahahahahaha, selalu jugak tegur aku, n Twins yg kadang2 okay,, kadang2 rasa nk lempang jek muka sorang2….…. Terima kasih la utk ap2 pun yg dh you guys bwt sepanjang ada dgn aku nih… a lots of thanks!!!! Sakinah, kak piah, kak min tak ad masalah nk jumpa lagi. tapi yg adik2 nih, ntah la bila boleh jumpa lagi…

Wednesday, June 23

Sesuka Hati



 Dulu konon2 nk jadi polis sebab polis suka siasat2.. tapi kerana kerabunan dan kependekan aku, maka lupakan je hasrat tuh. Kalau cakap pasal komik yg aku suka, first yg paling aku suka The Best’est bukan Conan… ad yg lain. nanti aku cerita Tp apa yg aku tahu dn pasti, aku start suka pasal siasat2 dn siat2(ayam buat letak dlm soto) ni mula dr aku bace buku abang aku. Hadoi, senang cite komik2 ni sume abang aku la start dulu. Terima kasih inche Fawwazzayya. Nama komik 2 Remaja Psikometer. Watak utama, Eiji Asuma. Tapi watak yg aku adore sgt bukan eiji pun, tp Sawaki. Pasal Akira Sawaki ni, dia adlh pakar psikologi. Pandai manipulasi otak org,, maksudny pandang je tahu org tu pikir psl ap, cara jalan, pandangan mata, mmg superb la weh!!! Guwa teringin nk jadi mcm lu la!!!! Tp spoilt sebab dia jahat. Okeh, so,, start dr situ aku dh aim nk jd psikologi pny orang. Tolong bgtahu aku pakar psikologi dlm bahasa inggeris ap, sebab aku cr x jumpa… tp aku tahu aku pny pandai ni x berapa nk menjadik la. So, aku lupakan jek. Tapi masih kearah tu la lebih kurang…ceh, ceh, ceh….

Tp komik nih x berapa nk menjadi la pd aku sebab dia ada kuasa psikometre kn. Antara manusia bertuah la. Jeles ya amat!!!! Dia sentuh je barang tu dh boleh tahu brg tu sape pny. Mcm bayangan akan muncul dlm otak dia. So, aku x ad kuasa tu aku suka la kt Akira Sawaki nih. Logik sikit sebab dia guna akal. Hehe,,, Masa abang aku balik dr U dia, bnyk gila komik dia ada. Sempat la jugak aku curik2 baca. Abang, sila maafkan aku!!!! Dia pny bnyk tu smpi tahap boleh baca sampai muntah2. Dah muntah tu, kau bace lg, kau boleh muntah lg sekali dn begitu la seterusnya…. (Tp jgn muntah dlm blog aku nih. ). pny la bnyk tuh…. Bnyk melampau. Slamdunk pun ad… pasal si Sakuragi Hanamichi, Kaede Rokawa, Miyagi, Mitsui, Akagi… ceh,, masih ingat 5 watak utama walaupun dh lame gilas x bace. Monyet Rambut Merah si Hanamichi tuh.. heh heh heh…

Suddenly, Tibe2 aku terbaca pasal Dan Detective School, DDS. Best gila dol!!!!!!!!!!!!!!!!!! Nah, hamek tanda seru banyak2. Kali ni watak yg aku suka watak baik, Q. simple nama dia kn. Sesimple nama aku,, haha,,,, nk jugak menyelit. Aku bg briefing sikit ea pasal Q ni. Dia ni sekolah bebal, selalu gagal, muka mmg x boleh pakai. Tapi, bila ad bende yg menyebabkn dia kene berfikir terus otak dia terangsang. Cop!!! Rangsang ke ransang,, konfius jap… okeh,, sila betulkan aku. Bukan maksud aku belajar tu x kene berfikir, dia terangsang (masih lg konfius rangsang ke ransang. Ransang mcm sedap jek bunyi..) dgn bende2 yg x ad dlm buku. Mcm kata Grissom “Outside The Box” (betul ke grissom,, Syafiqa tulun aku!!!!). membe rapat si Q ni Ryu Amakusa, Megumi Minami, Kazuma Narusawa, Kintaro Tomiya…

Ryu ni otak very the pandai, dr kulit ke kulit buku dia boleh ingat, pandai segala pandai. Tp x boleh compete ngan Q pny bijak waktu selesaikn masalah. Well,, Ryu mmg keturunan genius. No wonder la… keturunan Takumi Kuzuryu. Korang tahu ke sape Takumi Kuzuryu??? Nk elaborate gak ke??? Haha,, dia manusia genius dlm komik tu. Megu plak ada Daya Ingatan Sejenak. Sekali nampak, x boleh lupa. Ap2 bnd pun,, even dh lama gilas pn dia blh recall semula. Best kalau kawan ngan dia, then duduk sebelah time kuiz. Blh share2 jawapan. Sharing is Caring…… Kazuma, kaya sampai aku rase nk jdkan dia adik angkat,,, boleh bg aku BMW sebijik… info tambahan, rumah anjing dia, Hana sama besar ngan rumah Q.. bahaha,,, rumah anjing boleh sama besar ngan rumah manusia imagine la cane umah sebenar dia. Siap ad lab sendiri. Yg ni aku x jeles sebab aku x pandai kimia. Kazuma nih pencipta software permainan komputer… mslhny dia baru sekola rendah. Tipu betul, dasar komik!!! Ceh,,, pasal Kinta plak dia pny penglihatan 4.0… maksudnya tajam. Jauh2 pn dia boleh nmpk gak ap bnd yg di tulis. Berpegang kuat pd intuisi dia, dan mmg selalu betul pon…. Pandai dlm ilmu pertahankan diri Aliran Toyama,,, kira nenek moyang la kot.. so, kalau sesape nk pakwe yg boleh jamin kehidupan kau di jalanan,,, hamek la Kinta nih. Paling The Best’est komik la aku bace. Tp episod ny dh habis. Ad sekali tuh keluar jugak, Kelbros nk fight semula. Tp x ad lg kot sambunganny. Aku tgk kat Comic Paradise x ad pun… kn, sempat lg promote tempat yg aku selalu usha komik.

Lepas tuh, aku suka ngan komik Penyiasat Remaja Kindaichi. Ni pn karekter lebih kurang mcm Q… sengal, x serius tp bila ad isu2 yg buatkn dia rase curios,, dia akan siasat… nih raseny komik paling masuk akal aku la. Sebab kalau macam Eiji tu, ad kuasa Psikometre ok la fine. Dia ada kuasa, aku x de pun(tetibe menyelit psl diri sendiri). Dia boleh solve bende sebab ad kuasa. Pasal komik DDS plak, ad yg pandai, ad yg boleh ingat smpi bila2, kaya, mata tajam. Pakej tuh…. Tp Q mmg sendirinya bijak pun la sebab walaupun x ad membe2 lain, dia boleh settlekn sendiri problem tuh… tapi tentang Kindaichi ni dia mmg x ad ap2 bantuan berbentuk kuasa super… kira mmg otak geliga la jugak.

Bayangkan ea, ad sekali tu pegawai polis yg selalu backup Kindaichi nih penah tny Kindaichi tentang satu bende. Dia bwt briefing sikit jek. Kindaichi boleh settle cume bape saat jek…. Tolong la, aku kalau bijak mcm tu aku nk tolong polis mcm Kindaichi nih…. Ceh, ceh, ceh… ad rase nk sepak aku x sebab ayat mulia aku tu???? Hehe,, tapi serius la weh,, best la gak.

Okeh2, pasal Conan plak ad bende yg aku kurang satisfied la kadang2. Cara dia solving problem tu buat aku kene selak buku bnyk kali. Kejap ke depan, belakang kang jap ag kene g depan semula. Cis,,, cane ntah bende yg kecik2 pn dia boleh perasan. Sebab tu la atiqah tny kenapa aku x suka yg tv pny…… kalau kt tv dh sah2 aku x boleh nk ulang2 tengok. Lain la ad cd ny… nk beli cd mahal, weh. Yg ad subtitle melayu x bnyk. Yg English pny boleh kadang2, tp lg bnyk kene pause selak kamus jap. Kejadah,,, x feel la kn. Kalau komik kn boleh selak. Kang kalau x tahu Haibara tu sape, boleh refer komik sebelum2 ny. Cite Conan nih panjang, ntah bila dia nk besar sml tolong jgn tny. Aku pn x tahu… kalau kt tv, bila dia alert tntg something, mesti ad bunyik mcm nih “shingggg!!!” sambil nmpk ujung spectacles dia berkilat. Konon mcm dia terfikir sesuatu la… cis,, kalau kt komik aku akn selak balik kt page depan pastu ckp “ shit, kenapa awal2 td aku x nampak. Cilalala bende mcm ni pun dia boleh tahu… penipu…” haha,,, kn sengal kn. Tp aku x puas hati sebab apasal dia pandai segala bende, pasal kimia boleh tahu, fizik, add math… apasal hah??? Kenapa subjek yg nk cabut nyawa aku dia boleh cover. Cis lagi sekali. Tapi kalau Q, kepale dia boleh pening ko cakap sikit jek pun pasal math. Even bahasa inggeris yg kacang pun dia dh lemah apatah lagi nk borak pasal add math. Maka, Ryu je yg bebual ngan Kazuma sebab dua2 tu pandai.

Pastu satu bende yg x bape puas hati tentang Conan sebab cara selesaikan masalah dia nih rumit sgt… hadui…… paling rumit arh. Alat pulak paling canggih la.. yes,,kredit to Professor Agasa……… kalau DDS plak x rumit smpi mcm tu. Susah mmg susah tapi aku boleh ikut dia pny flow of the story. Smooth jek. Satu2 bende tu dia tunjuk. Mcm Conan kn kene lari sana sini cari bukti. Tapi Q sama Kindaichi x. kadang2, bukti tu datang sndr. Bnyk guna otak, akal kene ligat, n same goes to Kindaichi gak la. X guna alat pun blh handle satu situasi tuh…

Paling aku x suka,,, kenapakah semua kene ada keturunan yg bijak2… kecuali Eiji Asuma. Dia sendiri dh ad kuasa super kn… mcm si Conan tu tau la kn ayah dia penulis novel penyiasat, Yusaku Kudo. So, no wonder la si Conan ad instinct sebagai penyiasat kn. Si Q pulak ayah dia adalah lagenda la jugak. Satoru Renjyo yg merupakan pembantu kanan Morihiko Dan, pengasas Dan Detective School. Aku sedih sebab Q kenal Satoru nih, tp x tahu yg itu adlh ayah dia. Sebab??? Identity sebagai penyiasat kene dirahsiakan. Kumpulan Pluto sentiasa ada di mana2… satu kumpulan yg mmg bertujuan menghapuskan kebaikan di dunia,,, ceh3… then, si Kindaichi pulak keturunan Kindaichi, datu dia. Kira lagenda gak la… penyiasat terkenal. Tp kt cite nih x ad spesifik kumpulan yg selalu bwt jahat cuma Kindaichi kene berhadap ngan Juruboneka Neraka sebagai musuh ketat…. Aku paling ingat kata Juruboneka Neraka nih “ Penyiasat dan Penjenayah dipisahkan oleh satu garisan halus” seram x??? kadang2 aku fikir boleh jadi gak…. Tapi ntah lah. From my own perception…


Kalau nk aku cerita, aku lg hebat cerita pasal Q sebab ntah bape kali aku ulang bace. Episod pun dh habis kn,, lain la Conan tuh, ad jek halangan. Ntah bila nk habis pun pelik gak kadang,,, sebab sebanarnya Conan nih akan besar ke x hah???? Cuma episode yg sekarang ni mcm dh makin saspen la sebab ramai yg dh tahu identity sebenar Conan tuh adlh Shinichi Kudo…………huh,, semakin ramai ahli kumpulan gelap cuba menyamar jadi antara orang yg rapat ngan Conan. Yg baru sekarang ni Bourbon la. Tp mmg nmpk baik. Well,, ap yg best ny dlm ahli Kumpulan Gelap tu ad gak mata2 CIA, mcm si Rena Mizunashi@ Keel…… heh!!!!




Hadeh,,, rase bodoh bila marah,,, cis, cis dan cis lagi!!!!!

::Nota diam-diam: betul ke kaunseling ni pilihan tepat untuk aku?? Kadang2 aku tertanya…::

Wednesday, April 7

tiada perasaan

okeh,,,ASSALAMUALAIKUM kawan2....

tajuk di atas tiada kene mengena dgn entry sbb aku sgt x tau nk bg ap kt tajuk tuh. stlh buang masa fikir last2 aku bg jek tajuk 2... kalau boleh aku nk letak tajuk :

aku rasa nk update blog walaupun cuma syafiqa syahida sorang je yg baca blog aku tetapi ada bnyk perkara yang berlaku sekarang ni yg buatkan aku rasa nk update blog walaupun rasa malas yg agak melampau2 sekarang ni dan .....

okeh tak kalau entry aku tajuk mcm 2?? adakah akan kene 'BANGANG' drpd korang semua??? bodo je.... (ahah,,bodo kan diri sendiri!!!!).. tajuk mcm 2 baik aku bwt entry kt tajuk je... sengal yg amat..

okeh,, sekarang ni dh nk final exam kn... tapi aku pny la kurang bijak untuk mengatur masa sempat lg nk main satu permainan yang tak lapuk dek ujan tak lekang dek panas... permainan yang memang rase seronok kalau jumpa tangga,, rase nk lempang membe yg tendang kau ke petak mula dn rase nk cari liquid untuk padam gamba ular yg panjang tak hingat 2....

AHAH!!!! DAM ULAR.... ('',)

sengal jugak la rasany waktu2 final nih bergelumang dengan ular dan tangga... kalau tangga 2 rasany tak ada masalah.. tapi kalau ular mmg hampes sangat2... haha,, tak perlu emosi dengan permainan...

okeh,, mari aku cerita sikit kat kau macamana boleh hilangny emosi yg kool aku ni bila berhadap dgn permainan yg tak banyak modal nih....

okeh,, aku pny nasib nih kalau cabut undi selalu dpt nombor yg depan.... so,, of course mase permainan 2 aku sampai dulu.. selaluny mcm 2.. kau nmpk aku angkuh ke??? tak... sebab permainan ni mmg bwt aku hilang sabar.....

aku akn smpi lebih awal dr member aku yg lain.. tak kesah la dh kene tendang dulu ke ap... tp mmg akan sampai dulu. tapi.. sebelum nk ke petak akhir 2.. penanda aku 2 akan menari- nari tango+ ke depan ke belakang+ jumpa ular+ last2 kene tendang ke petak mula sml... haha!!!!

apahal agak2 smpi blh jd mcm 2??? sebab dh menari kt atas 2... member aku yg kt bawah pn dh sampai atas... aku x menang2 jgak... mmg ntah ap2...

main smpai la 2, 3 kali... x ad aku yg menang.. semua kene tendang. pengajaran yg aku dpt adlh tak semestinya smpi dulu akan menang dulu,,,

heeee... bengong jap....

nota busuk :: baru nk update gamba mase BTN sbb baru dpt... tp wreless lembap gile...

Tuesday, March 2

blackout!!!!!!tp lawak ar...

ap bnd yg lawak time blackout nih???? biase dga seram la, cuak dowh, gle takot ar dn mcm2 ag...
tp kt umah@ostel aku nih, time blackout je igt bnd yg klaka x hingat pny....dasat2....

aku igt2 lupe sem bpe ntah...tp time 2 ktorg dlm fasting month..so, kt umah ni still ad keharmonian di mana ktorg bukak pose time 2 ramai2. perh sgl juadah sdp x hingat!!!!! sorg bli dua lauk..bygkn 8 org???? 16 lauk..x kire ag ngan kuih2 ke, air ke ntah hape bnd lg nk di sumbatkn dlm perot yg mmg kebulor thp maha dewa 2.....mmg syiok!!!!! ( two thumbs up!!!!!)

maybe cuz masing2 bwk periuk nasik nk msk...2 yg overlimit kot. bygkn ar time nk buka pose blh black out....rase nk m'carut pn ad..dn ktorg gak pnh mkn nasik mentah mse black out 2...mcm shilaka je!!!!! nasik dh nk msk dh..aleh2 karen tadak. so nasik 2 separuh mentah, separuh masak.... memandangkan dh lapa tahap kambing gurun,,hadap je la. skali nasik 2 keras dow!!!! blh gumpal2 bwt nasik kepal n then baling kt muka membe sesamae sndr tanda protes.... bodoh gle time 2...

pandang pny pndg last2 nasik 2 buang mcm 2..hampa mmg dh x blh handle la.kecewa habis...lauk yg pnat2 aku bli kt kuala yg harga mahal nk mati 2 pn di ratah mcm2 je. so, x mkn nasik la aku dn bdk umah ni.....

ktorg buka pose ni mmg mkn mse yg lme...prot dh kyng bgi nk rak,,bru bgun solat mgrib. hahah,,pikir ar sndr cne time sujud 2...rse nk hantuk je kpl kt sjdah 2....perot bru isi mknn, trus solat..b'gelodak dow!!!!!

then,,, ad skali mse 2 mmg borak x hingat la....plus mse 2 mmg black out dr sblm ktorg bukak pose ag.. sliding door kt dpn 2 bukak ar kn... smbil menghirup aroma yg mcm hape ntah..ktorg pn mkn dgn lahapny.....

nk di jadikn cite...lps ktorg buka pose 2 tp still kt situ ag,,,maybe b'gosip ke hape ntah... aleh2 ad org ketok pintu....
cuak thp maksimum.... masing2 tempiar lari....curious gak aku time 2.....

aku lari antr yg kt blkg....so aku nmpk la hape bnd sgl yg jadik..... sorg senior aku nih yg bdn agak berisi sikit.... dia x lari!!!!!!! dia merangkak je msuk bilik, dh la dia pling dpn.... so msing2 t'langgar ar akak ni.....hadoy....aku pny gelak mcm nk mati time 2...keadaan mse 2 mmg mcm nk hantuk je kpl kt dinding.....klaka nk mampus...

aku msuk bilik dia tny akak 2 ok x....tp muka dia rilek je dow!!!! korg nk tau,,,mcm2 bnd dia t'langgar..baldi la, softlan la...smpi ad yg nk t'jatuh pn ad gak.... huru hara btol!!!!! aku tgk kt lantai mmg wangi la,,,mane x ny dh softlan tumpah. ntah sape pny harta pn aku x tau la.

trase mcm bodoh sgt mlm 2, psl yg dtg mse 2 brader yg btulkan elektrik. tp ktorg igt ntah hape2 bnd ntah. slain 2...masing2 kn x b'tudung..2 la lari mcm x ckup tanah agkny kn...hadoy!!!


dn kejadian 2 b'ulang mlm td.tp ad sikit kelainan la. bcuz mse 2 bkn dlm bln pose pn.yg lari mcm org ilang akal pn sorg jek. membe aku nihl. hadoy,,,

dia tga stdy kt dpn sorg2..aleh2 black out. aku plak dlm bilik bwt slide utk pzen akidah kang...
aleh2 aku dga org b'lari sambil menjerit....bukak2 pintu blik aku x blh. trus msuk bilik sblh. aduh!!!!! aku rse mcm nk tempeleng je membe aku nih..klaka tahap maut ar. mane dia blaja reaksi mcm 2 wktu black out pn aku x tau la...... aku dga org lari je mmg aku dh gelak mcm org nk mati.... aku mmg dh agak dh ko yg lari weh!!!!

aku tgk muka dia lps 2,,,nmpk cuak jek sambil gelak2....

...x tau la aku. kt sni kalo black out mmg mcm2 bnd klaka jdik kot. rse nk takot 2 mcm x ad lgsg. tp membe aku nih maybe ad ar kn psl dia hadap ssorg......bsok ni mid term,,,jgn la blackout plak kt umah nih..... tension tahap agung weh!!!!!!

note: aku x ltk nme ko weh....sume org x tau..ko x pyh la nk mrh aku..lalala~~